Otak Dan Cinta – Ini Perkongsian Dr Rizal

Biasanya apabila disebut cinta dan kasih sayang,

Tangan diletak di dada. Tanda berada di hati.

Namun, lain pula tempatnya di dalam sistem otak.

Apa berlaku apabila seseorang bercinta sakan atau madly in love dan ditinggalkan?

Biasanya gelap dunia. Frust menonggeng. Emosi terganggu.

Biasanya apabila disebut emosi, bahagian otak yang main peranan ialah Limbic System.

Letaknya di belakang telinga.

Untuk frust menonggeng, bahagian lain main peranan.

Namanya Nucleus Accumbens.

 

Untuk orang yang bercinta dan masih lagi bercinta walaupun 20 tahun lamanya,

Bahagian lain pula aktif. Namanya Ventral Pallidum.

Contoh mudah, cuba tengok mak ayah yang sudah lama berumahtangga.

Tapi masih sweet bersemut macam orang muda muda.

Sayang pada anak, keluarga dan rakan lama juga letak di sini.

 

Beza pula kalau baru jatuh cinta. Atau bahasa sekarang disebut ‘crush’.

Bahagian yang aktif ialah Ventral Tegmental Area. Ini adalah bahagian berkaitan reward.

Bab paling menjadi jadi sekarang ni iaitu main kayu tiga.

Juga termasuk dalam bahagian ini juga.

Jumpa buah hati lama lain pula ceritanya. Bahagian Raphe Nucleus pula aktif.

Itupun kalau berpisah bukan kerana kemahuan tetapi keadaan yang memaksa.

Seperti lagu Saleem “Bukannya aku tak cinta” itu.

Apabila tahu bab ini senanglah sikit nak memahami manusia.

 

ARTIKEL SETERUSNYA:

KESAN TRAUMA TERHADAP OTAK

18 TIPS UNTUK OTAK CERDAS & SIHAT

Anda Juga Mungkin Berminat

Probiotik: Bakteria Baik Yang Jaga Usus & Kuatkan Imun Anda Dari Dalam

Mata Pejam, Tapi Otak Masih Berjaga? Ini Puncanya Sebenarnya.

Selalu Lupa Bukan Tanda Biasa! Ini Tanda Awal Alzheimer Yang Ramai Terlepas Pandang

Bangun Pagi Rasa Lemau? Cuba Cara Simple Ini Untuk Segarkan Badan

Burnout Kerja: Kenapa Makin Kuat Bekerja, Makin Cepat Lesu? Ini Jawapannya!

15 Cara Sejukkan Bilik Tanpa Aircond, Rumah Rasa Nyaman Walaupun Cuaca Panas

Scroll to Top