Otak ,Hardware & Software

Bulan Julai Sukan Malaysia atau SUKMA berlangsung di Sarawak.

Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah pertandingan bolasepak.

Suatu petang, saya ke stadium UNIMAS.

Ada perlawanan bolasepak petang sedang berlangsung. Saya pergi untuk meneliti.

Sampai ketika perlawanan masa kedua. Permainan itu agak seimbang. Kedua-dua pasukan saling menyerang.

Tiba-tiba berlaku satu insiden. Seorang pemain pertahanan dan penyerang pasukan satu lagi tertanduk kepala masing-masing. Bukan tertanduk bola.

Kedua-dua jatuh. Menggelupur kesakitan. Permainan dihentikan.

Pengadil berpaling ke luar padang memberi isyarat. Petugas kesihatan bergegas lari masuk ke padang.

Kedua-dua cuba dirawat serentak.

Melihat tiada perubahan pengadil mengarahkan petugas kesihatan mengangkat kedua pemain itu keluar.

Permainan diteruskan selepas itu.

Saya merapati petugas kesihatan. Kedua pemain masih terbaring. Ada benjol besar di kepala.

Kepala mereka terus dituam dengan ais. Seorang tidak mampu untuk duduk. Seorang lagi sudah mampu untuk duduk.

Pening kepala katanya.

Saya teringat ketika kali pertama mendengar taklimat semasa di Harvard Medical School. Tandukan, walaupun sekadar menanduk bola, sangat bahaya untuk otak.

Prof Stickgold yang menjadi penyelia saya ketika itu terus mengulas tentang kajian yang dibuat ke atas 106 orang pemain bolasepak di Norway. Dibandingkan dengan yang tidak bermain bolasepak, 81% yang bermain menghadapi:

1. Kesukaran untuk memberi tumpuan.

2. Konsentrasi menjadi pendek. Tidak mampu bertahan lama

3. Gangguan pada memori.

4. Kemampuan membuat penilaian ke atas sesuatu merudum

Terbayang pula pelajar-pelajar sekolah yang dilatih menanduk bola. Jurulatih lontar bola, mereka menanduk. Seorang demi seorang.

Kemudian pelajar-pelajar masuk kelas belajar. Persoalannya mampukah mereka belajar dengan baik? Tumpuan di dalam kelas bagaimana?

Ibubapa mungkin menghantar mereka ke tuisyen andai “tidak pandai”. Hasilnya tidak seberapa.

Mungkin difikiran ibubapa, tuisyen tidak bagus. Hantar tuisyen lain. Cuti sekolah masuk kem motivasi.

Yang perlu dibaiki ialah otak atau Hardware. Yang diberi penekanan oleh ibubapa ialah software. Ilmu adalah software.

Software yang bagus tak akan dapat masuk andai hardwarenya kecil. Andai hardwarenya rosak. Besarkan hardware.

Baiki hardware. Bajai hardware. Baru mudah untuk software dimuat masuk.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top