Otak Stuck

Petang tadi dikunjungi pelajar. Udin namanya. Pelajar jurusan Bioteknologi.

Meniti tahun-tahun akhir pengajian. Sibuk di makmal itu lumrah bagi Udin.

Tambahan pula yang ditatang ialah penyelidikan Projek Tahun Akhir.

Di saat disapa Udin saya sibuk di ofis. Soalan lazim dari pelajar ialah “Dr sibuk ke?”

Jawab saya ringkas. “Boleh tahan. Apa cerita Udin?”

“Otak saya stuck,” jawab Udin pantas.

Apa maksud you yang otak you stuck?”

Menyeringai Udin menampakkan gigi kuningnya.

“Saya rasa saya terperangkap dalam comfort zone. Rutin yang sama setiap hari.”

“Cuba-cuba juga bercampur dengan orang dari fakulti lain. Masuk program-program ilmiah. Nak majukan diri. Tapi masih di takuk lama.” Panjang Udin bercerita.

“Macam stuck. Cannot go. Bantu saya Dr.” tambah Udin lagi.

“Nak bantu macam mana Udin?” soal saya cuba menguji Udin.

“Ya lah Dr. Bagi jalan otak saya ni sikit.” Jawab Udin seolah semakin menipis tahap kesabarannya.

Saya tanya Udin. Pendek. “Kenal Lance Armstrong?”

“Pelumba basikal tu ek Dr.” Jawab Udin pantas.

“Ya,” ringkas dari saya.

“Bayangkan kalau Lance Armstrong naik basikal tua untuk pertandingan beliau. Basikal berkarat. Tersadai di tepi rumah.”

“Berpanas berhujan setiap hari. Udin pula yang bukan pelumba handalan naik basikal Lance Armstrong yang canggih bernilai RM25,000. Agak-agak siapa yang menang”? Tanya saya.

“Gerenti saya menang. Basikal power.” jawab Udin penuh bangga. Saya tumpang senyum saat Udin menguntum senyum bangganya.

“Udin, anda adalah seperti Lance Armstrong itu. Menerima latihan tahap tinggi. Pernah menjadi pemenang. Malangnya menggunakan basikal tua. Basikal berkarat.” Kata saya.

“Maksud Dr?”

“Basikal tua yang berkarat itu umpama otak you Udin. Tak terjaga. Terbiar. Betul you masuk program-program ilmiah. Betul you bercampur dan berkawan dengan pelbagai orang.”

“Semua itu gagal. Tidak memberi kesan kerana otak tak terjaga.” Panjang pula ceramah saya pada Udin.

“Habis tu nak buat macam mana Dr?” tanya Udin seolah-seolah mendesak.

“Begini Udin, you kena:”
1. Jaga pemakanan. Elakkan makan malam. Kalau boleh sebelum maghrib.
2. Tidur mesti cukup. 6-8 jam dah memadai.
3. Cari hobi baru. Keluar dari rutin.

“Buat masa ini fokus pada tiga ini dulu Udin. Boleh Udin,” Tanya saya ringkas.

“Ya, saya cuba. Nanti saya datang kacau lagi ye. Terima kasih Dr.” kata Udin sambil tersenyum. Saya mengangguk tanda mengiyakan kata Udin.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0