Pantang Jumpa !

Pagi tadi terserempak dengan Salman. Jalan terhenjut-henjut.

Pun begitu masih laju meluru keluar dari masjid.

Ketika berpaling untuk memaki kasut, Salman terlihatku.

Dia mengangkat tangan dan menggamit memanggil aku.

Salman muda beberapa tahun dari aku. Bapa dua orang anak ini makin berisi. Perut maju ke depan.

Kami bersalam. Ku terus lontarkan soalan tentang jalan terhenjut-henjut itu.

Salman tersenyum. Katanya ini semua makan tak bersukat punya pasal. Kena Gout katanya.

“I pantang jumpa. Semua nampak sedap. I balun semua.”

“Lebih dari seminggu dah makan tanpa berpantang ni. I rembat semua makanan yang ada depan mata.”

You tahukan my favourite food is seafood.

Ada udang besar, lobster takkan nak lepaskan pada orang kan. Daging bakar pun mengancam.

“Perrgghh, kecur air liur I, bro. Bahananya inilah.”

Panjang celoteh Salman sambil menunjuk ke arah kakinya.

Aku hanya menjadi pendengar setia. Membiarkan Salman memuntahkan isi hatinya.

Sesekali aku mengganggu tanda faham.

“So nak ke mana lepas ni?” soalku.

“Nak pergi klinik. Tak tahan rasa macam bias ja. Lebih-lebih kat ibu jari ni.”

Kata Salman sambil menunjukkan ibu jadi kirinya.

“Tak de petua ke?” You kan selalu ada je petua lebih-lebih lagi kalau kes macam ni. Share la sikit bro.”

kata Salman, penuh dengan unsur-unsur membodek.

Aku senyum dan menggangguk. “Tak de lah. Sikit-sikit je.”

Tak pe lah sikit ke banyak ke. Kongsi ler sikit”, desak Salman.

Aku sempat menjeling ke arah jam. Dah hampir masuk masa untuk balik. “Kena cepat.’ Bisik hatiku.

“Cuba buat L.A.B kataku ringkas.

LAB tu apa?” soal Salman tidak sabar lagi.

Begini Man. Kena salin ni. L.A.B ni macam ni.

L = Lemon : Perah sebiji lemon ke dalam segelas air suam. Minum waktu pagi semasa perut kosong.

A = Apple cider (cuka epal): Masukkan satu sudu besar Apple Cider ke dalam gelas berisi air suam.

Masukkan satu sudu madu. Kacau sehingga campuran larut. Minum 2 kali sehari. Pagi dan petang.

B = Baking soda : Masukkan ½ sudu the baking soda ke dalam air suam.Kacau sehingga larut.

“Boleh?” soalku ringkas.

“Boleh-boleh. Terima kasih, terima kasih. Kena buat sebab aku tak nak ambil ubat doktor.”

Balas Salman bersungguh.

Bagus. Cuba jangan tak cuba. Nanti bagitahu saya hasilnya.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Scroll to Top