Tahu tak tanggal 19 Jun setiap tahun.
Ialah sambutan World Sickle Cell Day🩸
Atau dipanggil Hari Kesedaran Penyakit Sel Sabit Sedunia.
Penyakit sel sabit ni apa pula?
Mungkin ramai jarang dengar pasal nama penyakit ni.
Sickle Cell Disease atau penyakit sel sabit melibatkan penyakit gangguan darah.
Lebih spesifik, Anemia Sel Sabit.
Pernah tengok bulan sabit? Bentuknya seperti sabit 🌙
Penyakit ini melibatkan sel darah cacat berbentuk huruf C atau sabit.
Sel darah sihat berbentuk bulat dwi-cengkung.
Mampu bergerak bawa oksigen ke seluruh badan melalui salur darah.
Tetapi bagi pesakit pesakit Anemia Sel Sabit, sel darah merah mengeras, melekit serta sel cepat mati.
Jadi pesakit akan selalu kekurangan darah (anemia).
Keadaan sel mengeras & melekit ini juga penyebab sel darah bergumpal.
Bila bergumpal, menyebabkan salur darah tersumbat.
Pemicu masalah seperti jangkitan atau strok.
Selain penyebab anemia,
Ia juga penyebab saluran darah kecil tersumbat mengakibatkan kesakitan pada sendi tulang & otot.
Serta boleh rosakkan organ utama iaitu paru-paru, jantung, limpa, hati, buah pinggang.

Ini beberapa tips pesakit boleh amal.
Untuk cegah risiko kena jangkitan yang boleh jadikan penyakit lebih parah.
Pemeriksaan berkala setiap 3 bulan
Jaga kebersihan diri
Minum air putih secukupnya
Ambil makanan sihat
Banyakkan sayur & buah
Berhati-hati semasa bersenam
Ayuh sama-sama kita berikan sokongan terhadap pesakit Anemia Sel Sabit.
Mereka boleh hidup selesa seperti orang lain.
Cuma, mereka perlu sokongan tidak berbelah bagi daripada keluarga, rakan.
ARTIKEL BERKAITAN: