Perbezaan Omega-3 Dan Omega-6 Perlu Tahu

Selalu bila disebut Omega saja ramai ingat semua bagus.

Tak semua duduk dalam kategori bagus. Ada yang bagus. Ada yang tidak.

Beza antara Omega 3 dan Omega 6 contohnya.

Otak manusia lebih perlukan Omega 3 bukan Omega 6

Hati hati bila ambil Omega 6. Terutama dari sumber yang diminyakkan.

Kalau minyak itu teroksida, ia boleh rosakkan sel dalam DNA.

Beri keradangan pada jantung.

Info ini dikongsi dalam jurnal Open Heart tahun 2018.

Satu lagi impak Omega 6 ini ialah pada kompaun bernama cardiolipin yang ada dalam mitokondria

Tugas cardiolipin ni ialah gerakkan elektrons di dalam tubuh kita.

Bila kita makan banyak Omega 6, ia akan turut dimasukkan ke dalam cardiolipin.

Kesannya ialah penyampaian elektron terganggu.

Macam lebuhraya sesak masa musim perayaan.

Omega 6 juga ganggu metabolisme di dalam otak. Ia lebih cenderung bagi kita mengantuk

Lemak Omega 6 ni letakkan kita dalam mode hibernasi.

Sama macam haiwan yang hibernate masa musim sejuk.

Jadi ia ganggu proses kelajuan dan kelancaran berfikir. Jadi macam zaman dulu.

Nak sambung ke internet pakai sistem dialling.

Siapa yang pernah guna zaman TmNet fahamlah.

Sekarang ni automatik ada connection dengan internet.

Pernah tengok telefon lama kan. Alah yang nombor dalam bulatan tu. Bila nak dial.

Nombor kena masukkan jari dalam lubang nombor dan pusing.

Sekarang tekan kat nama saja nombor terus ter dial sendiri.

Macam tu lah jadinya.

 

Ada satu lagi kajian dari Sydney Diet Heart Study.

Kajian kategori Randomised Controlled Trial ini berlangsung selama 7 tahun.

Pengkaji dapati mereka yang ambil minyak sayur mengandungi Omega 6 ini

Naikkan risiko mati awal sebanyak 62%

Nak tahu detail cari jurnal FASEB tahun 2013.

Poin kat sini simple.

Hati hati dengan makanan atau apa yang kita masukkan dalam badan.

Nama mungkin hampir sama tapi kesan sangat berbeza.

Rajin rajin perbaharui ilmu.

Otak kita tanggungjawab kita. Begitu kan?

Anda Juga Mungkin Berminat

Hari Kanser Ovari Sedunia – 8 Mei 2024

Hari Talasemia Sedunia – 8 Mei 2024

6 Kesan Tubuh Kekurangan Nutrisi (Malnutrisi)

Apa Jadi Dekat Tubuh Selepas Larian Maraton?

9 Punca Utama Ramai Gagal Capai BMI Normal

Ada Berapa Kalori Dalam 100g Kekacang?

Scroll to Top