Perlu Ke Fikir Positif ?

Berkata positif bukan retorik. Berfikir positif bukan perkara sampingan. Ia adalah keperluan.

“Betul ke kena fikir positif jer memanjang?

Selalu orang sebut kena fikir positif. Takkan semua hal nak kena positif?”

Soal Isham bersungguh-sungguh.

Isham adalah pelajar tahun tiga. Jurusan kewangan. Semester depan adalah semester akhir.

Hidup Isham penuh liku. Peristiwa mengundang senyum boleh dibilang dengan jari.

Derita, sengsara dan air mata adalah lumrah baginya.

Pernah hidup berbulan dengan mee segera. Dapat duit disalur pada adik-adik dahulu.

Isham menjadi tonggak keluarga di usia muda setelah ayah kembali ke pangkuan Ilahi.

Mataku hanya tertumpu pada Isham. Matanya berkaca.

Seperti ada perkara yang membuku di minda.

“Isham ada problem ke?” soalku. Mahukan kepastian.

Adakah ianya benar-benar soalan atau Isham sekadar mencari saluran mahu melepas isu yang sedang bersarang.

“Tak de apa. Cuma terfikir jer. Banyak student sebut ini semua retorik jer?”

kali ini suara Isham agak perlahan. Mungkin terfikir yang sebentar suaranya agak mendesak barangkali.

Aku betulkan kedudukan. Ku tarik nafas dalam-dalam.

Mahu mencari kalimah mula yang bagus.

“Isham. Fikir positif ada kesan langsung pada otak.

Umpama buka lampu di waktu malam. Rumah jadi terang benderang.

Fikir negatif juga beri kesan. Umpama bergelap di rumah tanpa cahaya.

Ke sana ke sini meraba-raba. Fikir negatif keluarkan hormone stres.

Hormon stress ini umpama semut merah yang menggigit. Gigitannya kecil.

Gigitannya tinggalkan kesan. Merah dan berbintik kulit dibuatnya. Ada yang tergaru-garu.

Andai seekor sahaja yang menggigit mungkin kesannya tidak terasa.

Bagaimana dengan puluhan atau ratusan semut. Pasti terjengket kesakitan dibuatnya.

Perkataan negatif kurangkan kebolehan kita untuk mencari sebab musabab.

Interaksi berlaku atas faktor emosi.

Sebabnya pusat emosi iaitu amygdala hebat beraksi. Tiada lagi logik.

Bahagian prefrontal cortex, pusat fikiran rasional, logical, tempat membuat keputusan dirampas fungsinya oleh amygdala.

Berbeza dengan kata-kata positif.

Apabila kita guna kata-kata positif, otak bahagian Frontal Lobe akan menjadi aktif.

Ia merangsang bahagian otak yang berkaitan dengan motivasi.

Bahagian otak bernama parietal lobe yang letaknya betul-betul di atas kepala menjadi aktif.

Ia mengubah persepsi kita pada diri sendiri dan orang lain.

Yang nampak adalah warna seri positif pada diri dan orang lain.”

Panjang pula ceramah perdana dari ku kali ini

Kelihatan dua tiga orang pelajar mula merapati. Tumpang dengar.

Kelihatan sama-sama mengangguk. Mungkin faham agaknya.

“Ok. Kali ini baharu saya puas. Rasa lega. Boleh saya kongsi dengan yang lain.”

Kata Isham penuh semangat.

“Silakan Isham. Ilmu untuk dikongsi. Biar merakyat. Bukan untuk diperap.

Ilmu usah dikurung. Sampai-sampaikan pada khalayak lebih besar. Buat pencen kubur nanti.”

Ujarku sambil tersenyum.

Isham dan pelajar-pelajar juga mengangguk sambil tersenyum.

“OK Isham. Saya jalan dulu. Nanit boleh bual lagi.”

Ujarku pendek mahu matikan bicara.

Terus salam diberi. Tangan dihulur.

Kata dan fikir positif adalah makanan sihat untuk otak.

Ia baja kecemerlangan untuk otak. Menjadi pemacu untuk capai kejayaan .

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top