Pesan Haji Wan: “Jangan Tertipu Dengan Usia Muda”

Satu pagi ni saya duduk sembang dengan Haji Wan.

Umur dia dalam 56 tahun macam tu. Tapi tengok nampak dah 70an.

Rambut penuh uban dan menipis. Perut membelon. Berat berlebihan.

Dia orang bisnes. Setiap pagi akan cuba bersenam. Selepas berjalan satu pusingan dia akan berhenti.

‘Penat oo’ kata Haji Wan

Haji Wan bercerita. Dia tertipu masa usia muda. “Waktu muda mana ada kisah pasal kesihatan.” Tambah Haji Wan.

Saya dengar. Angguk.

Masa muda selalu ingat akan sihat sokmo. Kalau sakit “apa susah. Ada kad insuran kesihatan”, senyum Hani Wan bila sebut bab insuran ni. Siap tunjuk kad lagi.

Dia ni pesakit diabetes. Upgrade dari pil kepada suntikan. Kena ambil insulin. Setiap hari dua kali dia suntik diri sendiri.

Biasanya sebelum makan dia akan suntik. Habis perut berlubang kena penangan jarum.

Tahun lepas dia kena buat pembedahan jantung. “Sumbat sana sumbat sini” kata Haji Wan.

Sekarang ni lutut pula sakit sakit. Mata makin kelabu. Mungkin terkena retinopathy. Dia tak pergi check lagi. Takut kata Haji Wan.

Sepanjang dia bercerita saya hanya dengar dan angguk. Kata Haji Wan “bagus you ni muda muda lagi dah jaga kesihatan.”

Saya angguk dan senyum. “Sikit sikit Haji.” Balas saya ringkas. Sahaja panggil Haji. Dia suka dengan panggilan tu.

Baru Haji Wan bersemangat bercerita.

Sekali sekala Haji Wan akan lepaskan pandangan jauh jauh. Seolah melepaskan rasa bersalah dan sesal jauh jauh.

“Ada perkara kita boleh undur. Kesihatan tidak. Rosak kesihatan tidak dapat undur. Duit tidak dapat kembalikan kesihatan.” Haji Wan terus berkongsi.

“Ya Haji,” saya berikan dorongan minima sambil menangguk angguk.

“Macam saya. Tertipu dengan usia muda. Mana ada pantang masa makan. Pantang jumpa, semua saya bedal.”

“Sekarang dah jadi macam ni boleh menyesal saja lah. “

Haji Wan sambung lagi “Ini pesan saya. Sampaikan pada yang lain. Masa mudalah kita kena jaga makan. Bersenam. Tak ada masa? Cari masa itu. Buat tindakan bukan beri alasan.”

Saya hanya angguk.

“Kali ini baharu saya beriman betul dengan hadis Nabi - ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Dulu dengar sahaja. Kononnya faham.” Tambah Haji Wan lagi.

Kata Haji Wan buat saya fikir. Betulkah kita beriman dengan hadis itu? Adakah kita jaga apa yang Nabi sebut tu?

Tuan puan pula bagaimana?

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

Scroll to Top