10 Petua Hilangkan Batuk Dengan Cepat!

Tiap kali keluar di tempat awam. Duk dengar ramai sangat manusia.

Bunyi kong kong kong tidak berpenghujung. 

Batuk sana batuk sini.

Suara berdengung. Hidung tersumbat. Pakai masak.

Rasa tak selesa. Kesian tengok 

Sekali keluar batuk yang bergema tu boleh luruh jantung sat.

KKM dah keluarkan kenyataan.

Buat masa sekarang ni ramai rakyat di negara ni yang kena jangkitan virus.

Ramai yang kena batuk kering. 

Jangkitan pada kaki dan mulut.

Belum lagi sebab cik Vid.

Tak elok perkara macam ni buat main-main. Buat pandang remeh.

Mainan fikiran buatkan badan rasa lemah semacam.

Betul tak?

Fikir pasal cik Vid. Asal demam je cik Vid. Asal batuk je cik Vid.

Bukan sebab cik Vid.

Sekarang ni juga musim berubah-ubah. Kejap panas kejap hujan.

Ada lagi.

Orang sekarang pemakanan tak sihat. Ini realiti dunia sekarang.

Sistem imun badan melemah.

Senang bakteria. Virus nak masuk.

Saya tidak ingin bergantung pada ubat batuk.

Sebab kesannya pada otak. Untuk jangka masa panjang.

Tiap kali terkena batuk ni saya lebih suka guna cara natural.

Cara yang tak bagi efek buruk pada otak.

Saya banyak refer jurnal sains. Saya baca buku.

Saya rujuk mereka yang arif bab perubatan alternatif.

Bahan yang digunakan mudah didapati dan tidak perlukan banyak proses.

Bahan paling kerap digunakan ialah MADU.

Nak tahu kenapa?

https://neuroversiti.com/khasiat-madu-uzbekistan-ococ/

.

.

.
Di sini saya sediakan 6 tips natural rawat batuk.

Batuk ada kahak. Batuk kering. Dua dua pun boleh rawat.

Tapi sebelum tu kena tahu dulu apa pantang larang yang wajib kena ikut.

Kalau taknak batuk jadi makin teruk.

Pantang Larang:

Elakkan minuman atau makanan tinggi kafein.

  • Contohnya kopi dan teh.

  • Penyebab dehidrasi. Tekak dan mulut kering.

Merokok atau hidu asap rokok.

  • Menghakis saluran tekak dan paru-paru.

Makanan beminyak.

  • Penyebab pengumpulan asid refluks.

  • Masalah lain seperti kenaikan berat, hypertension dan strok.

.

.

.

Madu + Bawang

1- Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.

2- Leraikan lapisan bawang tadi.

3- Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.

4- Gaulkan biar rata.

5- Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.

6- Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.

7- Ambil satu sudu dan minum.

Bawang ni kaya quercetin.

Antioksidan kuat dengan viri antiviral.

Antibakterial dan anti-alergi.

Tahu tak dalam bawang juga ada sulfur.

Bantu untuk detokskan badan.

Paling padu apabila dimakan mentah atau dikukus sekejap.

Saya memang makan mentah. Khasiat maksimum boleh dapat.

.

.

.

Madu + Kayu Manis

1- Masukkan 1 sudu makan madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis ke dalam blender.

2- Masukkan 1 gelas air suam atau panas (bergantung).

3- Kisar dan biarkan seketika.

4- Sedia untuk diminum.

Banyak digunakan dalam rawatan tradisional India.

Dianggap minuman tonik.

Kayu manis ada antioksidan anti-inflamasi.

Dan antimikrobial.

Selain batuk basah dan batuk kering. Campuran ni bagus untuk masalah alergi.

Yang ada jerawat pun disarankan minum.

Bantu kecutkan dan pudarkan parut.

Yang demam selesema dan ada masalah penghadaman.

.

.

.

Madu + Bunga Cengkih

Yang ini paling mudah.

1- Ambil 1 sudu makan madu.

2- Letak 3 ke 4 biji bunga cengkih di dalam sudu madu.

3- Biarkan ia selama 4 ke 5 jam.

4- Kemudian, keluarkan bunga cengkih dan minum.

Bunga cengkih ni rasa dan bau sangat padu.

Kalau tergigit ni boleh gelap sekejap dunia.

Selalu kena time pekena Nasi Arab.

Boleh legakan sakit tekak dan batuk.

Ada eugenol. Minerals. Asid fenolik dan flavonoids.

Vitamin A dan C.

Boleh legakan kembung perut. Legakan sakit gigi.

Bersifat antiseptik.

Lancarkan aliran darah dan kawal paras kolesterol.

Boleh ubahsuai macam dalam artikel ni kalau nak kesan berganda:

https://neuroversiti.com/cara-natural-hilangkan-gelema/

.

.

.

Madu + Lemon + Halia

Kombinasi ni ada banya dijual di pasaran tapi kebanyak guna halia tiruan.

Atau guna perasa halia.

Seeloknya untuk khasiat maksimum. Boleh buat sendiri.

1- Potong lemon kepada beberapa hirisan.

2- Parut halia (cukup satu sudu makan).

3- Rebus 3 ke 4 cawan air dalam periuk.

4- Masukkan parutan halia.

5- Tunggu 1-2 minit kemudian tutup api.

6- Biarkan sebentar dalam 5-7 minit.

7- Tapis air halia tadi untuk keluarkan serdak.

8- Masukkan air perahan lemon dan madu secukup rasa.

Halia dan lemon ada ciri anti-inflamasi.

Serta antiseptik.

Bantu redakan radang pada saluran tekak dan paru-paru.

Petua ni paling kerap digunakan kalau nak rawat batuk kering.

Lagi satu tips untuk batuk kering:

  • 4 ke 5 helai daun belalai gajah.

  • 1 biji lobak merah.

  • 2 tangkai daun pudina.

  • 1 sudu teh madu

Kisar semua kecuali madu. Masukkannya akhir sekali selepas jus ditapis.

Ada sifat bronchodilating.

Iaitu memudahkan pernafasan dengan merelakskan otot paru-paru.

Serta meluaskan saluran pernafasan.

.

.

.

Madu + Kunyit + Susu

1- Masukkan 150ml susu ke dalam periuk.

2- Letak 1 sudu teh kunyit.

3- Letak 1 sudu teh madu.

Optional:

  • 1/2 teh halia diparut.

  • 1/2 teh serbuk kayu manis.

4- Kacau dan biarkan selama 10 minit.

Kunyit memang power.

Ada ciri antiviral dan antibakterial.

Ada anti-inflamasi untuk halang batuk berterusan.

Kunyit juga bantu kumpulkan mukus.

Sekaligus keluarkan segala mikrob yang tersumbat dalam salurann pernafasan.

Nak tahu lagi khasiat lain kunyit?

https://neuroversiti.com/6-rahsia-kehebatan-kunyit-yang-ramai-tidak-tahu/

.

.

.

Jus Nanas

Ramai tak tahu pasal nanas dalam merawat batuk.

Ada bromelain paling tinggi dalam kalangan buah.

Sifat anti inflamasi.

Kurangkan rasa sakit akibat kerap batuk.

5 kali ganda lebih efektif daripada bawang.

Kalau tak minat nanas.

Boleh guna betik. Mangga. Madu. Pisang. Avokado atau kiwi.

Kisar nanas dengan sedikit madu, lemon, garam dan halia parut.

Jus nanas bersifat lytic.

Menipiskan permukaan mukus.

Memudahkan untuk keluarkan gelema atau lendir kahak.

Nanas juga sarat vitamin C.

Bagus untuk legakan sinus. Cantikkan kulit.

Seperkara yang saya suka tentang nanas ialah,

Jumlah besar thiamin di dalamnya.

Tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh.

Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

.

.

.

Teh Daun Selasih

Teh daun selasih ni bagus untuk rawat batuk kering.

Ada ciri anti-tussive (legakan batuk).

Letakkan 5 ke 7 helai dalam 400ml air suam panas selama 7 ke 10 minit.

Boleh guna teh daun selasih. Cari yang organik.

Batuk kering ni tiada gelema.

Batuk kering boleh terjadi atas faktori alergi. Pencemaran atau toksin.

Cara radikal badan keluarkan melalui sistem pernafasan.

Teh selasih juga boleh atasi masalah jerawat.

Ruam merah dan dark circle bahagian mata.

Kajian juga mendapati,

Daun selasih bantu lindungi organ dan tisu daripada stres fizikal dan kimia.

Juga kaya vitamin K.

Ketahui manfaat lain selasih di https://neuroversiti.com/5-manfaat-selasih-dalam-islam/

.

.

.

Jadi, yang kerap batuk tu bolehlah cuba salah satu tips di atas.

Bagus untuk kurangkan kebergantungan kepada ubat batuk.

Kalau bagi saya. Memang berkesan.

Mungkin ia juga sesuai untuk Tuan Puan.

Selamat mencuba!

.

.

.

P/S:

Tuan puan ingin kenalpasti bahagian OTAK yang mungkin BERMASALAH?

Serta cara untuk ATASINYA?

Klik https://neuroversiti.com/kuiz untuk ketahuinya!

.

.

.

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top