Petua Pilih Ikan

5 Petua Pilih Ikan Di Pasar

Teruja sikit hari ni. Buat private coaching dengan Haikal. Bukan apa ikut pesan orang tua-tua dulu. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Hari ni bawa dia pilih sayur dan ikan. Tunjuk macam mana nak tahu sayur tu terkena racun atau tidak. Ajar juga cara pilih ikan.

Ramai tak perasan mungkin tentang kandungan formalin dalam ikan.

Formalin ialah bahan yang diletak pada mayat untuk halang mayat dari mereput.

Tahun 1987, US Environment Protection Agency (EPA) klasifikasikan ia sebagai carcinogen. Begitu juga dengan International Agency for Research on Cancer (IARC). Mereka masukkan dalam kategori sama.

Petua Pilih Ikan
Sumber gambar: https://www.polysciences.com

Nak tahu bahaya formalin ni boleh baca report berikut:
National Toxicology Program (June 2011). Report on Carcinogens, Twelfth Edition. Department of Health and Human Services, Public Health Service, National Toxicology Program. Retrieved June 10, 2011, from: http://ntp.niehs.nih.gov/go/roc12.

Apapun untuk kita ni ada beberapa petua untuk pilih ikan bebas dari formalin. Saya terangkan pada Haikal petua ni satu persatu. Siap tunjuk sekali.

Petua Pilih Ikan

Masa dok tunjuk tu orang yang jual ikan tengok jer. Sambil sambil pasang telinga. Kalau tanya pun dia tak tahu. Biasalah dia pun pekerja saja.

Boleh cuba 5 petua ni:

1. Warna: Petua biasa kita dengar ialah kalau insang merah itu maknanya ikan tu segar. Memang benar petua ini tetapi perlu faham juga beza merah itu.

Bila insang itu merah ke maroon atau merah hati, betul ikan itu segar.

Kalau merah hati atau maroon kehitaman itu tandanya sudah lama.

Nak tahu samada ikan itu diletak formalin atau tidak ialah bila warna insang itu merah menyala. Itu tandanya ikan dah disapu dengan formalin.

2. Sirip: Kalau nampak sirip dah pecah pecah atau bergerigi tetapi ikan nampak segar elakkan saja. Itu tanda badan ikan dah disapu formalin tetapi sirip terlepasa dari kena formalin.

3. Mata: Lihat mata. Kalau mata layu dan merah sedangkan badan segar bugar itu juga tandanya ada formalin pada tubuh ikan.

Petua Pilih Ikan

4. Isi ikan: Pernah tekan getah gunakan jari. Atau benda yang dibuat dari getah. Ikan yang diletak formalin juga ada unsur sperti rubbery ini. Nampak fresh tapi bila ditakan macam tekan benda yang dibuat dari getah.

5. Bau: Kalau kita pernah beli ikan segar dari nelayan kita akan perasan baunya. Ada bau garam atau bau air laut. Ikan yang diletak formalin tidak ada bau langsung. Elakkan.

Macam mana nak hilangkan formalin dari ikan, sayur atau buah?

Caranya mudah saja. Gunakan langkah langkah seperti di bawah ni:

1. Sediakan bekas besar yang dapat muatkan ikan yang dibeli.

Petua Pilih Ikan
2. Masukkan air panas ke dalam bekas tersebut.

3. Masukkan satu atau dua sudu garam. Kandungan garam bergantung pada saiz bekas yang diguna.

4. Masukkan ikan, sayur atau buah ke dalamnya. Biarkan selama sejam.

5. Selepas sejam, keluarkan dan bilas dengan air biasa.

Kaedah ini akan hilangkan formalin dari ikan, sayur dan buah tadi.

Bolehlah cuba!

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top