9 Khasiat Mengejutkan Pisang (Raja Udang)

Pernah terbayang pisang warna merah?

Jenis pisang Cavendish selalu jual di supermarket tu.

Tapi versi montel dan chubby.

Inilah Red Dacca Banana atau Red Banana.

Ada yang panggil Ice Cream Banana.

Sebab rasanya yang lemak berkrim serta lebih manis.

Nama sains, Musa acuminata.

Dalam bahasa tempatan, dipanggil Pisang Raja Udang.

 

Nama diberi sebab warna kulit kemerahan.

Jarang orang tanam pisang ni. Kalau terjumpa, mesti beli.

Ini pisang rare punya. Kalau dekat kampung ada.

Ada mitos mengatakan,

Mereka berketurunan Melayu Rawa tak boleh makan pisang Raja Udang

Sahih atau tak itu tak boleh dipastikan.

Tapi yang pasti ialah pisang ni ada khasiat tersendiri.

Ada apa dengan red banana?

Menurut kajian dalam ACS Food Science & Technology tahun 2023:

1. Lebih Tinggi Vitamin C

Red banana lebih tinggi vitamin C berbanding pisang biasa.

Yang berkulit kuning tu.

Vitamin C penting untuk sistem imun.

Kalau nak kulit sihat dan cantik pun sama.

Vitamin C bantu lawan radikal bebas.

Penyebab pelbagai masalah kesihatan dalam tubuh.

BACA 10 KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK TUBUH

 

2. Lebih Tinggi Beta Carotene

Siapa sangka.

Red banana ada lebih banyak beta carotene.

Juga lutein dan zeaxanthin daripada pisang biasa.

Main peranan penting untuk kesihatan mata.

Kurangkan kesan rabun malam.

Cegah risiko cataract iaitu selaput putih dalam mata.

Elak macular denegeration.

Yang dikaitkan dengan vision loss (buta).

 

3. Bekalkan Tenaga Segera

Red banana ada gula semula jadi iaitu sucrose, glucose dan frucrose.

Kesemua ni bekalkan instant energy.

Juga bagus untuk aktifkan metabolisma.

Gula tadi dipecahkan secara perlahan untuk pelepasan tenaga.

Pada kadar perlahan. Sesuai dimakan waktu pagi.

 

4. Rendah Indeks Glisemik (GI)

Walapun lebih manis tapi nilai GI pisang merah lebih rendah.

Iaitu 10 daripada 100 berbanding pisang biasa.

Red banana juga tinggi serat dietary.

Bantu halang aktiviti oleh enzim alpha-amylase dan glucosidase.

Yang terlibat dalam glucose synthesis.

Bantu kurangkan kesan ‘sugar spike’ bagi penghidap diabetes.

 

5. Lebih Tinggi Antioksidan

Ciri-ciri yang dibuktikan secara saintifik iaitu:

Anti-microbial, anti-diabetic, laxative dan anti-aging.

Cegah kerosakan selular. Juga risiko penyakit kronik seperti:

Kanser, diabetes, high blood pressure.

Red banana lebih tinggi potassium dan magnesium.

Dua ni perlu untuk relakskan salur darah.

Bukan saja bagus untuk jantung, tapi bagus untuk hati.

6. Ada Prebiotik Inulin

Red banana tinggi prebiotics.

Iaitu fructooligosaccharides dan juga inulin.

Inulin ni jarang ada dalam buah.

Inulin didapati dalam tumbuhan seperti kelapa.

Gula kelapa ada inulin.

Alternatif lebih sihat bagi diabetes.

Prebiotics kurangkan bloating (kembung).

Yang ada sembelit, red banana boleh bantu permudahkan.

Urusan membuang (stool-softening).

 

7. Lebih Tinggi Vitamin B6

Sama macam vitamin C.

Red banana lebih tinggi vitamin B6.

Vitamin untuk tingkatkan penghasilan antibodi dan sel darah putih.

Dua tentera barisan hadapan sistem pertahanan tubuh.

Juga tinggi zat besi untuk cegah anemia.

 

8. Elok Untuk Kesuburan

Antioksidan tinggi dalam red banana.

Bantu seimbangkan reproductive hormone bagi wanita.

Kurangkan simptom kejang perut semasa haid.

Dan kawal paras testosteron serta tingkatkan tenaga bagi lelaki.

Pisang merah bagus untuk snek ibu hamil.

Kalau masa awal awal hamil, boleh kurangkan loya dan mual.

Juga bantu hasilkan folic acid sepanjang proses hamil.

BACA 10 MAKANAN TINGKATKAN SEL DARAH PUTIH

 

9. Mood Booster

Kajian oleh International Journal of Food Science (2021) dapati,

Red banana bertindak sebagai ‘suplemen semula jadi’ naikkan paras dopamine.

Sesuai sangat kalau rasa lemau.

Rasa moody memanjang. Depressed. Pagi pagi mulut dah muncung.

Kurang semangat buat kerja.

Paling wow, pisang merah bantu perokok tegar.

Yang ingin berhenti merokok.

Bolehlah cuba try test.

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top