Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Menarik satu kajian dalam Journal of Medicinal Food tahun 2021.

Yang kaji pasal khasiat plum kering ke atas 48 peserta wanita kategori dah menopaus.

Biasanya akak akak lingkungan umur 50an.

Peserta dibahagi kepada 3 grup – grup A tidak diberi plum kering.

Manakala grup B diberi 50g dan grup C 100g.

Kajian berjalan selama 6 bulan dan hasilnya mendapati,

Kadar kolesterol HDL atau kolesterol baik meningkat dengan ketara dalam grup B dan C.

Penanda radang dalam tubuh juga berkurang.

Keupayaan aktiviti antioksidan juga meningkat dengan ketara.

Ini menunjukkan bahawa mengambil 50g – 100g plum kering beri impak positif.

Kepada pengurangan risiko terkena penyakit kardiovaskular.

Dah boleh masukkan plum kering dalam senarai snek Tuan/Puan!

Anda Juga Mungkin Berminat

5 Langkah Awal Cegah penyakit RABIES!

5 Langkah BERKESAN Cegah Psoriasis!

Kanak-Kanak Berdengkur – Normal Atau Sebaliknya?

Ketahui Punca GASTRIK Ramai Tak Sedar!

Rutin Penting PEMAKANAN SIHAT Untuk REMAJA!

7 Manfaat Peluk Pokok Menurut Kajian

Scroll to Top