Puasa Beri 4 Kelebihan Ini, Tapi Kenapa Impak Power Ini Tidak Kelihatan Pada Orang Islam?

Teringat masa training Functional Medicine di Canberra. Waktu itu winter. Mujur winter di Canberra masih ada sinar mentari.

Kuliah dah di hujung hujung. Dr Hyman bertanya, “Any last question?”

Terpacul soalan dari mulut ini, “How about fasting?”

Dr Hyman senyum. Ada tawa kecil. Dia sebut puasa beri 4 poin power ini:

1.Decrease the effects of aging
2.Regenerate stem cells
3.Decrease stubborn abdominal fat
4.Optimize insulin levels

Panjang huraian Dr Hyman. Semua kusyuk. Puas hati, jantung dan ginjal jadinya.

Kata Dr Hyman, “Orang Islam untung sebab puasa sudah sistemik. Ada dalam sistem percaya orang Islam.”

Cuma terfikir waktu itu. Kenapa impak power tidak kelihatan pada orang Islam? Dr Hyman seolah terdengar detikan soalan itu.

Dia tambah “Malangnya orang Islam makan sakan lepas berbuka. Ada yang lupa diri,” dia senyum.

“Sayangkan?” Katanya menutup hujahnya.

Sampai sekarang masih terfikir kata kata Dr Hyman. Betulnya bab kita ini makan sakan waktu berbuka. Bagaimana mahu atasi?

Tuan/puan ada pendapat?

Saya ingin kongsikan 5 makanan ini yang perlu elak ketika berbuka.

5 Makanan Perlu Elak Ketika Berbuka

Berbuka bukan sekadar makan. Berbuka berikan tubuh nutrisi yang tubuh perlukan. Tapi berbuka bikin manusia alpa.

Dibalun semua di hadapan mata. Semua sedap. Semua lazat.

Ironinya ketika lapar itulah yang berlaku. Bau makanan hadirkan rasa sedap. Lihat sahaja kecurkan air liur.

Kenapa berlaku begini?

Dopamin punya pasal. Nuerohormon ini suka pada makanan. Lihat, bau, dengar sahaja tentang makanan sedap, dopamin akan jenguk ke luar.

Jengukan sedikit undang rasa ingin. Sebab itu ada yang terliur sekadar dengar teman bercerita tentang sedapnya makanan.

Apapun Dopamin memang perlu keluar. Pada sukatan betul kita bahagia.

Pada sukatan berlebihan ketagihan menanti. Benihkan derita sentiasa.

Dopamin keluar berlebihan kalau kita ambil makanan berikut ketika berbuka. Dia mahu lagi dan lagi. Antara makanannya:

1. Nasi putih – Makan sahaja lepas maghrib rasa mengantuk mengintai dari kamar. Kita menguap sakan. Mata jadi berat. Badan tiba tiba jadi letih.


Tanda apa? Tanda spike gula dalam darah dah menurun.

Rasa macam mahu berbaring sebentar. Kita cuba kuatkan diri hadir ke tarawih. Sepanjang berterawih serangan mengantuk bertubi tubi. Menguap menjadi jadi.

2. Makanan tinggi gula putih. Seperti minuman yogurt berperisa. Minuman dalam tin dan kotak. Sekarang ini iklan bertubi dalam radio dan tv.

3. Mee, bihun atau kueh tiaw. Semua dari tepung yang diproses. Masuk dalam tubuh tukar jadi gula. Tingkatkan gula dalam darah.

4. Kuih muih pelbagai warna dan manis. Bahan asas mesti dari tepung dan gula putih.

Sumber gambar: Jeruton Hotel Sdn Bhd (Trip Advisor)

5. Makanan diproses seperti nugget, berkrim seperti donut. Digoreng pula – deep fried kata orang putih.

Kesemua di atas sedap dilidah. Sakit diperut dan otak. Sakit pada kedua bahagian ini tidak segera. Perlahan lahan.

Ia membina lurah luka. Ia mencarik isi. Ia merobek di sana sini.

Tubuhkan keluarkan pihak pengaman untuk bantu. Tidak tertanggung mereka kerana serangan bertubi tubi dan setiap hari.

Akhirnya mereka mengalah. Ketika ini kita akan dengar doktor sebut “Maaf encik, penyakit ini tiada rawatan.” Atau “Maaf encik, ini stage 4. Mungkin encik ada 2 bulan untuk hidup.”

Puasa untuk powerkan tubuh. Tubuh perlukan real food – makanan sebenar. Makanan ciptaan tuhan bukan makanan bikinan dan olahan.

Makanan begini beri impak negatif pada performance terawih kita. Baca lanjut disini: Apa Yang Menyebabkan Mengantuk Waktu Terawih

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top