Ini kisah 6 tahun lepas. Masih segar di ingatan.
Usai mesyuarat aku bergegas ke sekolah. Mahu ambil Maryam.
Hari ini Maryam ada kelas ko-kurikulum.
Sampai sekolah kereta sudah berderet.
Parkirnya usah cerita. Sakit mata memandang. Hati juga bagai dicucuk.
Aku letak kereta jauh-jauh. Biar berjalan. Itu fitrah.
Didik anak untuk berjalan jauh. Itu tanda kasihan dan kasih.
Parkir dekat hanya manja dan lemakkan anak.
Sedang menunggu terdengar suara memberi salam.
Aku sambut salam itu. En M rupanya.
Dia ayah kepada rakan Maryam.
Katanya dia suka anaknya berkawan dengan Maryam.
Lebih matang dari anak seusianya kata En. M.
Dia terus lahirkan rasa risau. Ini tahun UPSR.
Anak En M masih dilihat kurang bermotivasi.
Soalannya macam mana nak panjangkan motivasi?
Dah pelbagai teknik dah diguna. Satu pun tidak berjaya.
Masih melanggar tembok.
Soalnya lagi, “Puji anak ok ke?”
Hayat motivasi tidak panjang dengan pujian.
Apabila kita puji anak dengan sebut “Pandailah Along. Tahniah!” ia akan jadi racun minda.
Apabila kita beri pujian seperti di atas.
Kita programkan otak anak bahawa berjaya atau gagal ditentu oleh faktor luaran. Bukan dalaman.
Faktor luaran ini akan matikan aktiviti STRIATUM.
Ini bahagian motivasi di OTAK. Motivasi anak akan cepat padam.
Minda mereka bertukar kepad fixed mindset. Mereka akan pilih aktiviti senang.
Mereka cenderung untuk tidak buat apa yang sepatutnya dibuat.
Sebabnya?
Takut gagal. Takut hilang gelaran ‘pandai’ tadi.
Apabila gagal tiada dendangan pujian akan didengar.
Lebih baik tidak buat. Mereka tidak akan jadi berani.
Apa cara terbaik untuk atasinya?
Puji USAHA. Puji KERJA KERAS mereka.
Bab ni boleh contohi cara mat saleh didik anak mereka.
Katakan,
“Along berjaya ini sebab Along study kuat ni. Tahniah Along atas usaha kuat Along.”
Fokus pada USAHA.
Apabila pujian diberi pada USAHA, ia aktifkan STRIATUM.
Aktiviti di STRIATUM akan jadi lebih panjang.
Sebabnya?
Faktor dalaman menjadi penentu. Bukan luaran.
Faktor dalaman ini akan jadi kekuatan pada anak.
Sistem operasinya akan bermula dari diri sendiri.
Buka faktor luar. Bukan sebab disuruh.
Anak akan study atas kemahuan sendiri.
Mereka lebih cenderung mulakan inisiatif. Sanggup hadapi cabaran besar.
Tidak mudah mengalah.
Konklusinya, puji USAHA bukan sifat.
Pandai itu sifat. Rajin itu sifat. Puji CARA kerja mereka.
Nak belajar ilmu Neuroparenting dengan lebih mendalam?
#DrRizal