Memberi gajet kepada anak-anak sudah menjadi kelaziman bagi kebanyakan ibu bapa masa kini.
Mereka berpendapat, beri sahaja gajet, anak-anak akan berhenti menangis & merengek.
Selalunya situasi ini apabila berada di sebuah restoran. Ibu bapa mahu makan tapi anak pula yang bising merengek tidak tentu pasal.
Untuk mengalih perhatian anak-anak, ibu bapa terus beri gajet.
Anak terus diam. Situasi berubah, dari riuh reda seketika. Dengan jayanya ibu bapa lega dapat pujuk anak sendiri.
Tapi, pernah tak mengalami situasi merampas gajet pada tangan anak-anak? Apa yang terjadi?
Anak mengamuk? Menangis? Hentak kaki? Sehingga kita rasa malu?
Itu adalah tanda anak-anak mengalami ketagihan. Mereka ini jadi seperti penagih dadah.
Kajian dari Harvard University menakutkan. Mereka membuat imbasan otak yang diambil ke atas penagih gajet dan penagih dadah menunjukkan kesan yang sama.
Sebab itu apabila gajet diambil mereka mengamuk dan menggila. Jadi pemarah. Cakap dan pujuk dengan benda lain pun tidak hiraukan.
Ketika ini, pusat Amygdala menjadi aktif. Bila terlalu aktif, anak-anak tidak mampu mengawal emosi.
“Andai diambil gajet, emosi terus naik. Tangisan dan jeritan memingitkan telinga.”
Jadi siapa yang rasa tergugat dan rasa malu? Kita juga yang akan rasa.
Lebih parah lagi, bermain gajet menurunkan aktiviti di ceo of brain (Prefontral Cortex).
Pusat fokus terganggu, hilang daya tumpuan sekaligus menganggu tumbesaran otak anak-anak.
Perkembangan mental terbantut, pembelajaran akan ketinggalan. Kecenderungan untuk buat sesuatu secara melulu meningkat.
Lebih buruk lagi ialah kemampuan mengawal diri menurun. Kajian juga menunjukkan kanak-kanak kurang empati.
Anak mula tiada toleransi. Mengamuk dan bertindak secara fizikal.
Fokusnya pada perkara lain hilang. Minat pada pelajaran mengecil. Keinginan bergaul menguncup.
Sistem komunikasi juga terbantut akibat setiap masa dilungkan Bersama gajet.
Lebih bahaya lagi, ada kajian menunjukkan gajet memberi kesan kepada mata.
Dalam mata itu ada sel otak, sel otak akan mengalami masalah.
Bayangkan anak-anak kita mengadap gajet setiap masa akan mengalami kerosakan mata.
Natijahnya, gajet tidak membantu perkembangan otak pada skala yang ibubapa mahu. Gajet sekadar alat untuk tidak mengganggu ibubapa yang sibuk.
Gajet sekadar untuk mengalih perhatian dan tumpuan.
Apa yang perlu kita lakukan untuk mengelak daripada membenarkan anak-anak menggunakan gajet seperti handphone, tablet, ipad?
Andai mahu tahu aktiviti apa yang perlu dipraktik untuk meransang perkembangan otak, saya ada share dalam NEUROPARENTING.
Ada satu modul khas yang kupas pasal tajuk ini saja. Daftrar sini kalau mahu.