Mood yang sentiasa berubah boleh menjejaskan kehidupan seharian, hubungan sosial dan prestasi kerja. Berdasarkan kajian sains, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kestabilan emosi seseorang. Ketahui apa punca sebenarnya mood seseorang sentiasa berubah?
1. Perubahan Hormon
Hormon memainkan peranan utama dalam kestabilan emosi. Ada kajian menyatakan bahawa;
Estrogen dan progesteron pada wanita boleh mempengaruhi neurotransmitter seperti serotonin dan dopamin, yang mengawal mood.
Lelaki juga mengalami hormon yang turun naik, di mana penurunan testosteron yang dikaitkan dengan kemurungan dan keletihan
✅ Cara atasi: Amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang dan senaman berkala untuk menstabilkan hormon secara semula jadi.
2. Tekanan yang Berlebihan
Stress yang berlebihan boleh menyebabkan hormon tidak stabil, dimana ia boleh mencetuskan pembebasan kortisol iaitu hormon stres yang berupaya mengganggu keseimbangan kimia otak.
Kajian dalam jurnal Psychoneuroendocrinology mendapati bahawa tahap kortisol yang tinggi dikaitkan dengan kebimbangan, kemurungan dan ketidakstabilan emosi
✅ Cara atasi: Cuba teknik meditasi, yoga dan latihan pernafasan, ia terbukti boleh menurunkan kortisol dan mengurangkan tekanan.
3. Kurang Tidur
Kualiti tidur yang tidak mencukupi boleh mengganggu fungsi otak dan kestabilan emosi. Ia boleh dikaitkan dengan risiko kemurungan dan kegelisahan.
Kajian daripada Harvard Medical School menunjukkan bahawa kekurangan tidur boleh mengurangkan aktiviti dalam prefrontal cortex (kawasan otak yang mengawal emosi).
Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang lebih sensitif terhadap tekanan dan mengalami ‘mood swing’
✅ Cara atasi: Pastikan anda mendapatkan 7-8 jam tidur berkualiti setiap malam dengan mengekalkan jadual tidur yang konsisten.
Ingat!! Hindari cahaya dari skrin telefon sebelum tidur kerana ia boleh mengganggu penghasilan melatonin iaitu Hormon Tidur!
4. Pemakanan Tidak Seimbang
Diet yang tidak seimbang boleh menyebabkan ketidakseimbangan paras gula dalam darah dan kekurangan nutrien penting. Ada kajian dalam jurnal Nutrients menyatakan bahawa;
Asid lemak Omega-3, magnesium dan vitamin B6 memainkan peranan penting dalam kestabilan emosi
✅ Cara atasi: Amalkan diet sihat dengan lebih banyak makan buah-buahan, sayuran, protein dan lemak sihat.
5. Kurang Bersenam
Senaman bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga dapat meningkatkan pengeluaran endorfin yang dikenali sebagai ‘Hormon Gembira’ sekaligus boleh meningkatkan mood secara semula jadi.
Gaya hidup yang sedentari boleh menyebabkan rasa letih dan kurang motivasi.
Kajian daripada American Psychological Association menyatakan bahawa aktiviti fizikal atau senaman secara berkala dapat mengurangkan gejala kemurungan dan kegelisahan.
✅ Cara atasi: Luangkan sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk lakukan senaman seperti berjalan kaki, yoga atau berenang bagi meningkatkan kesejahteraan emosi.
Kesimpulannya, punca mood sentiasa berubah-ubah jelas berpunca daripada faktor dalaman seperti hormon dan kesihatan mahupun faktor luaran seperti tekanan kerja atau pengaruh media sosial.
Dengan memahami punca-punca ini, anda boleh mengambil langkah proaktif bagi mengawal emosi dengan lebih baik.
Jika anda sering mengalami mood yang tidak stabil, cuba amalkan tips ini. Ingat, jangan pernah abaikan kesejahteraan emosi anda!
Belajar sesuatu? 😊