GASTRIK adalah merujuk kepada keadaan kesihatan dimana berlaku keradangan pada lapisan perut. Keadaan ini berlaku apabila asid dalam perut yang berlebihan atau faktor lain merosakkan lapisan pelindung perut
Pernah tak anda rasa
perut seolah-olah rasa kembung
atau tak selesa selepas makan?
Jika YA,
kemungkinan besar anda berdepan
dengan gejala GASTRIK.
Namun,
ramai yang tak sedar tentang
punca masalah gastrik ini.
Â
Tahukah anda?
Gejala gastrik ini seringkali
dikenali sebagai penyakit
asid refluks atau ulser perut.
Â
Secara lazimnya,
gejala ini mampu memberi kesan kepada perut
dan menyebabkan rasa sakit, kembung dan
kadangkala muntah-muntah.
Â
Persoalannya?
Apakah punca-punca gastrik?
Rupa-rupanya, ramai yang tak sedar
atau terlepas pandang tentang gejala ini.
Â
i. Pengambilan makanan yang tidak sihat
Sebenarnya, banyak makanan yang terdiri
daripada pemakanan yang tidak sihat.
Tapi, kalau kita cakap pasal isu pemakanan
yang boleh menyebabkan gastrik ini,
sudah tentu ia berkait rapat dengan pemilihan
makanan yang pedas, berminyak dan berlemak.
Pemilihan makanan sebegini boleh merangsang penghasilan asid perut yang berlebihan dan menyebabkan keradangan pada lapisan perut
Sudah lah makan makanan pedas,
tambah pula dicampur dengan
makanan berminyak pula.
Haih! Macam manalah perut
tu nak proses dengan baik??
Â
Tahukah anda?
Keadaan ini boleh melambatkan
proses pencernaan dan menjadikan perut
mudah ’naik angin’.
Â
ii. Tekanan emosi berlebihan (STRESS)
Percaya atau tak,
tekanan emosi berlebihan juga menjadi
salah satu penyumbang kepada gastrik.
Tekanan emosi berlebihan boleh menyebabkan tubuh menghasilkan lebih banyak hormon stres seperti; kortisol, yang boleh mengganggu keseimbangan pengeluaran asid dalam perut
Tahukah anda?
Apabila asid perut meningkat,
ia boleh merosakkan lapisan perut
dan menyebabkan berlakunya gastrik.
Jadi,
cuba kawal stres dengan aktiviti
seperti; meditasi atau bersenam.
Â
iii. Melangkau waktu makan
Pada zaman kini,
ramai kalangan kita sibuk dengan kerja
atau pelajaran masing-masing
hingga lupa nak makan.
Â
Tahukah anda?
Apabila perut kosong terlalu lama,
asid dalam perut kita tiada makanan
untuk dihadam lalu ia mula menyerang
dinding perut.
Jadi!
Jangan abaikan waktu makan,
walau sesibuk mana pun anda!
Â
iv. Pengambilan minuman berkafein/berkarbonat
Kopi, teh atau minuman berkarbonat
memang sedap untuk diminum,
TETAPI!
Ia boleh menyebabkan iritasi pada perut.
Minuman ini lebih cenderung
meningkatkan asid perut dan boleh
mengganggu keseimbangan
pH dalam badan.
Â
v. Pengambilan ubat-ubatan tertentu
Pengambilan ubat seperti; aspirin, ibuprofen
dan ubat anti-adang bukan steroid boleh
merosakkan lapisan pelindung perut
sekiranya diambil dalam jangka masa yang
panjang atau tanpa pengawasan doktor.
Pastikan anda makan terlebih dahulu
sebelum mengambil ubat-ubatan jenis ini!
Â
Selain punca-punca tersebut,
terdapat juga punca lain yang boleh
menyebabkan berlakunya gastrik.
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
- Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
- Kurang bersenam
Jangan ambil mudah tentang masalah ini!
Pastikan anda jaga rutin pemakanan seharian,
menguruskan stres dan sentiasa peka
dengan tubuh badan anda!
Â
ARTIKEL BERKAITAN: