Punca Memori Merosot Seawal Usia 20’an

Bab yang menakutkan pada saya ialah ingatan makin menurun. Banyak benda jadi lupa. Kes serius bila dah makan pun tak ingat.

Memori merosot ni berlaku seawal usia 26 tahun. Muda lagi bukan tua baharu berlaku. Terjadi waktu otak sudah sempurna terbentuk. Awal betul.

Cuba ingat semula masa reunion sekolah atau universiti. Waktu nilah kita ingat muka tetapi tidak ingat nama. Bab ni selalu terkena pada perempuan.

Ada juga tak ingat muka dan nama. Atau sekadar ingat nama panggilan bukan nama sebenar. Yang ni selalu jadi kat lelaki.

Ye ke?

Ye. Kajian di jurnal Neurology, Neurosurgery & Psychiatry tahun 2001 dan jurnal Neurology tahun 2015.

Bila masuk sahaja 40 tahun saiz otak jadi kecil 5%. 

Nampak angka tu macam kecil bukan? 5% itu besar dalam konteks saiz otak. Pakat pakat jaga otak sendiri.

Ada satu perkara menarik dari kajian ini. Pengkaji dapati apabila melepasi 40 tahun MEMORI WANITA  lebih BAIK berbanding lelaki. Sebab tu kot kita selalu dengar komen perempuan suka ungkit perkara dah lepas. Betul ke?

Hmmm yang no 3 tu mungkin ramai sokong. Mungkin ramai menentang. Ramai juga akan kata pasal apa pula?

Jawabnya pada dua hormon penting - estrogen dan progesterone. Ini pendapat Dr. Clifford Jack dari Mayo Clinic selepas beliau mengkaji 1246 orang.

Kena jaga dua hormon ini bagi orang perempuan. Untuk orang lelaki pula:

1. Elak ambil makanan tinggi karbo ringkas macam muih muih, roti canai dan makanan tinggi gula putih. Ambil makanan tinggi lemak sihat dan protein.

2. Elak kerja lebih masa hingga 25jam seminggu. Biasanya kita kerja 40 jam seminggu. Lebih dari ini yang bahaya.

Betul ke?

Ini kajian dari University of Melbourne yang libatkan 6000 orang. Prestasi memori mereka yang kerja lebih masa hingga 25jam merosot.

3. Ambil makanan tinggi vitamin B12. Vitamin B12 jaga lindungi neuron atau sel otak. Rajin rajinlah ambil ikan, telur dan kekacang.

Kalau perempuan buat 3 perkara ni ok tak? Ok sangat bos. Buat jer.

Boleh boleh?

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti .

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top