Ini 5 Punca Sakit Gigi dan Cara Atasinya!

Sakit gigi bukan sahaja menyakitkan, tetapi boleh jejaskan aktiviti harian anda. Nak makan pun susah, tidur terganggu, emosi pun jadi tak menentu.

Tapi tahukah anda, ramai yang tak sedar punca sebenar sakit gigi dan cara betul untuk mengatasinya?

Dalam artikel ini, kami kupas 5 punca sakit gigi dan cara mengatasinya dengan betul. Kalau anda selalu alami sakit gigi, pastikan anda baca sampai habis!


1. Gigi Berlubang (Karies Gigi)

Ini adalah punca sakit gigi paling umum. Ia berlaku apabila bakteria dalam mulut menghasilkan asid yang menghakis enamel gigi. Lama-kelamaan, lubang terbentuk dan menyebabkan kesakitan terutamanya bila makan atau minum.

Cara atasi:

  • Berkumur dengan air garam suam untuk kurangkan keradangan.
  • Ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol jika perlu.
  • Jumpa doktor gigi untuk rawatan tampalan, tampalan saluran akar atau cabutan (jika terlalu teruk).


    2. Masalah Gusi (Gingivitis & Periodontitis)

    Kalau gusi anda berdarah bila memberus atau terasa sakit bila disentuh, anda mungkin mengalami keradangan gusi. Dalam kes lebih serius, ia boleh menyebabkan jangkitan dan kehilangan gigi.

    Cara atasi:

    • Pastikan kebersihan mulut terjaga – gosok gigi dan flos setiap hari.
    • Gunakan ubat kumur antibakteria.
    • Lakukan scaling dan rawatan gusi di klinik gigi.


      3. Gigi Sensitif

      Rasa ngilu bila minum ais atau makan makanan panas? Itu tanda gigi sensitif, disebabkan oleh lapisan enamel menipis atau akar gigi terdedah.

      Cara atasi:

      • Guna ubat gigi khas untuk gigi sensitif.
      • Elakkan makanan dan minuman terlalu panas/sejuk.
      • Jumpa doktor gigi untuk rawatan seperti aplikasi fluoride atau tampalan.


        4. Gigi Retak atau Patah

        Kadang-kadang gigi yang nampak normal sebenarnya ada retakan halus yang menyakitkan bila menggigit. Gigi yang patah pula boleh mendedahkan bahagian dalam yang sensitif.

        Cara atasi:

        • Elakkan kunyah di kawasan yang sakit.
        • Letak ais di luar pipi untuk kurangkan bengkak.
        • Segera berjumpa doktor gigi untuk tampalan, crown atau rawatan akar.


          5. Gigi Bongsu Tumbuh Tak Sempurna

          Gigi bongsu yang tumbuh senget atau terhalang boleh menyebabkan kesakitan, bengkak dan tekanan pada gigi sebelah. Ini dipanggil impaksi gigi bongsu.

          Cara atasi:

          • Kumur air garam hangat untuk kurangkan sakit.
          • Ambil ubat anti-radang jika perlu.
          • Jumpa doktor gigi – prosedur cabutan mungkin disyorkan.


            Bila Perlu Jumpa Doktor Gigi?

            Jangan tunggu sakit menjadi lebih teruk. Segera dapatkan rawatan jika:

            • Sakit gigi berterusan lebih 2 hari.
            • Gusi bernanah atau berdarah berlebihan.
            • Sukar membuka mulut atau menelan.
            • Demam dan bengkak pada muka.


              Cara Mencegah Sakit Gigi

              Langkah pencegahan jauh lebih mudah daripada rawatan:

              • Gosok gigi dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida.
              • Flos setiap hari untuk bersihkan celah gigi.
              • Elak makanan manis berlebihan.
              • Jumpa doktor gigi setiap 6 bulan untuk pemeriksaan rutin.

              Anda juga boleh cuba Buih Pembersih Probiotik OCOC, cuma goncang botol dan tekan buih keluar. Rasa selamat dipakai, sebab ia diperbuat daripada bahan yang baik. Mulut juga takkan berbau busuk dan nafas berasa lebih segar!

              Jom cuba?
              Dapatkan disini!

                Kesimpulan

                Punca sakit gigi dan cara mengatasinya bukan lagi misteri jika anda tahu apa nak buat. Gigi yang sihat bermula dengan penjagaan yang konsisten dan tindakan awal bila ada simptom. Jangan tunggu sampai terpaksa cabut baru nak bertindak!

                Mulakan langkah penjagaan gigi hari ini. Senyum pun jadi lebih yakin!

                Semoga bermanfaat! 😊 

                Anda Juga Mungkin Berminat

                Ini 5 Punca Sakit Gigi dan Cara Atasinya!

                Pisang & Otak

                11 Cara Mudah Atasi Tantrum Anak

                Buah Mengkudu – 7 Manfaat Penting Buah Ini Untuk Kesihatan!

                Kenali 7 Jenis Batuk WAJIB Anda Tahu!

                Ketahui 9 Makanan Terbaik Untuk Ibu Mengandung!

                Scroll to Top