9 Punca Utama Ramai Gagal Capai BMI Normal

Menurut kajian dan survey.

Ada 9 punca utama ramai gagal capai BMI normal.

Cuba check Body Mass Index (BMI) Tuan/puan dalam kategori mana?🤔

Underweight, normal, overweight atau obes?

1. KERAP MAKAN FASTFOOD

Senang didapati. Mudah dan cepat selain rasanya ‘sedap’.

Tapi di sebalik sedap dan nikmat,

Fastfood disaluti pelbagai perasa, pengawet agar tahan lama.

Baca 6 BAHAN BERTOKSIK DALAM FASTFOOD

 

2. TAK JAGA WAKTU MAKAN

Elak ‘skip meals’ atau berlapar.

Pastikan makan makanan lengkap nutrisi pada 3 waktu makan utama.

 

3. KERAP MINUM MINUMAN MANIS

Tahu tak, minuman manis ialah penyumbang ’empty calories’

Bermaksud ia boleh bekalkan tenaga segera.

Tapi tak boleh digunakan untuk bekalkan vitamin, bina otot atau berikan rasa kenyang pada tubuh.

Empty calories yang tak diguna tubuh akan disimpan jadi lemak.

Kurangkan mengopi, mengeteh tarik.

 

4. KURANG PERGERAKAN

Bila kalori diambil melebihi kalori dibakar.

Menyebabkan berlaku pembentukan lemak berlebihan di dalam tubuh.

 

5. KERAP MAKAN JAJAN MASIN

Jajan masin tinggi garam menyebabkan kenaikan tekanan darah.

Galakkan pengumpulan lemak dan air penyebab kembung dan perut buncit.

 

6. KURANG MINUM AIR PUTIH

Pastikan minum sekurang kurangnya 8 gelas air setiap hari.

Bawa botol air walau di mana jua Tuan/puan berada.

Baca 14 KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH SECUKUPNYA

 

7. KURANG SERAT DALAM DIET

Pastikan Tuan/puan ambil 2 sajiab buah setiap hari.

Untuk sayur pula, 3 sajian pada setiap waktu makan utama.

 

8. TAK PANTAU STATUS BMI

Nak pastikan diri berjaga-jaga. Timbang berat sekali seminggu.

9. KURANG TIDUR

Kurang tidur sekurang kurangnya 7 jam setiap hari.

Tingkatkan hormon stres Cortisol.

Baca 5 RISIKO KESIHATAN JIKA KURANG TIDUR

 

BMI normal sangat penting untuk kenalpasti sejauh mana.

Tubuh Tuan/puan berada pada tahap kesihatan optimal. Sekaligus cegah risiko penyakit kronik.

#DrRizal #NormalBMI #Neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

20 Mei – Hari Lebah Madu Sedunia

19 Tips Tentang Radang Usus Anda Kena Tahu

Dijuluki Sebagai ‘Ratu Sayur’ – Ini 9 Khasiat Kale

31 Makanan Bantu Tingkatkan Sel Darah Merah

Hari Lupus Sedunia – 10 Mei 2024

Berat Badan Berlebihan Dan Risiko Kanser

Scroll to Top