5 Risiko Kesihatan Jika Tidur Tak Cukup

01
HARI
:
 
15
JAM
:
 
34
MINIT
:
 
08
Seconds

You missed out!

Tidak cukup tidur ni bagi kesan macam macam.

Semuanya tak bagus. Impak dari kesan ni memang kita akan benci:

Jom tengok kesan tidur kurang dari 7 jam:

 

1. Mudah naik berat & susah turun

Kenapa?

Jawapan mudahnya tidur tak cukup ni ganggu sistem dalam tubuh.

Ganggu metabolisme badan. Jadikan tubuh kita stress.

Bila tubuh stressed out, keluarlah hormon stress Cortisol.

Selera makan pun bertambah.

Binge eating orang puteh panggil.

Bila Cortisol berlambak dalam sistem, perut mula naik.

Membesar sebagai johan. Kalau duduk atas lantai nak naik balik jadi susah.

Sama juga dengan potong kuku hari jumaat. Lipat kaki jer kena perut.

Tak selesa jadinya.

 

2. Kulit nampak tua dari umur

Menarik kajian dari UK pasal bab ni.

Lima hari sahaja tidur 8 jam semalam,

hilang kedut halus di tepi mata.

Hilang eye bag. Hilang kedut di bahagian dagu.

Tak perlu tempek foundation 3 kati kat muka lagi.

Tapi tidur tak cukup saja,

Fine lines tepi mata, dagu terus muncul walaupun semalam.

Cortisol ganggu lebih dari 600 genes.

Tingkatkan aktiviti genes berkaitan inflammation.

Apabila inflamasi berlaku, kadar kolagen dalam tubuh menurun.

 

3. Rambut cepat beruban

Kadar beruban ni cepat dan pantas.

Bukan kat rambut saja. Kat misai dan janggut pun sama untuk lelaki.

 

4. Turunkan prestasi otak

Impak kurang tidur berlaku pada banyak bahagian otak.

Dari Prefrontal Cortex – tempat kita buat keputusan.

Left temporal lobe – bahagian tidur dan learning.

Dan Limbic system – pusat emosi.

 

5. Turunkan sistem imun

Tidur tak cukup juga ganggu sistem imun.

Pendek cerita, imun kita jadi lemah. Senang terkena jangkitan dan virus.

Sebab tu penting jaga tidur ni.

Kalau memang susah tidur,

Kenalah semak beberapa perkara ni:

 

1. Diet

Ada tak ambil makanan pedas, ada kafein, tinggi gula?

Kalau ambil memang akan ganggu tidur.

Sebaiknya ambil makanan yang boleh bantu tidur.

Bagus ambil makanan atau minuman yang ada L-Tryptophan.

Dari L-Tryptophan tubuh akan convert kepada serotonin.

Dari serotonin akan ditukar kepada Melatonin – hormon tidur.

Makanan apa ada L-Tryptophan?

Antaranya ialah pisang, ayam belanda, ikan tuna, susu dan dark chocolate.

Untuk saya sendiri memang kat rumah ada pisang dan dark chocolate.

Dark chocolate ni senang boleh makan terus.

Kalau saya ambil Granola Bar. Satu petak kecil dah cukup.

Boleh minum juga.

Sebab tu juga saya satu family minum Dark Chocolate OCOC.

Banyak anti oksida penting ada dalam dark chocolate.

Kira macam ‘one stone kills two birds‘ macam tu.

Dapat tidur awal dan bangun awal. Tubuh rasa energized.

 

2. Timing makan

Kalau makan lewat contohnya lepas isyak memang tidur akan terganggu.

Ada study sebut tubuh perlukan 4 jam untuk proses makanan.

Selagi diproses selagi tulah proses nak tidur terganggu.

 

3. Jumlah makanan diambil

Makan malam ni makan sikit sikit saja.

Bukan makan macam raja. Kita dah nak tidur.

Tak perlukan energi banyak dah.

Kalau makan banyak energi tu nak disalurkan ke mana?

Tak ada aktiviti lain dah selain tidur.

Jadi pakat pakat jaga tidur.

Bila jaga tidur ni otomatik macam jaga diri.

Otomatik jaga keluarga.

Anda Juga Mungkin Berminat

Ada Berapa Kalori Dalam 100g Kekacang?

6 Nutrien Penting Untuk Kulit Sihat Glowing

7 Punca Penyebab Nyanyuk (Demensia)

9 Kesan Cuaca Panas Pada Otak

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

Scroll to Top