Celtic Sea Salt ialah sejenis garam mineral semula jadi yang kaya dengan magnesium, kalsium dan lebih 80 jenis mineral penting. Ia menjadi pilihan ramai kerana tidak melalui proses penapisan kimia seperti garam putih biasa, menjadikannya alternatif yang lebih sihat dan semula jadi.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 7 resepi masakan menggunakan Garam Celtic Sea Salt yang bukan sahaja enak, tetapi juga menyokong gaya hidup sihat dan seimbang.
1. Sup Ayam Herba
Sup ayam herba tradisional diperbuat daripada;
- Ayam kampung
- Halia
- Bawang putih
- Pelbagai herba seperti serai dan daun limau purut.
- Tambahan Celtic Sea Salt, untuk memberi rasa semula jadi dan penuh berkhasiat tanpa perlu bahan penambah perisa.
Khasiat: Anti-radang, baik untuk imun badan dan menyokong kesihatan usus.
2. Telur Hancur Avokado Berempah
- Goreng telur dengan minyak zaitun
- Hancurkan bersama avokado masak dan taburkan garam Celtic
- Kemudian, taburkan serbuk lada hitam dan sedikit cayenne pepper.
Sesuai untuk sarapan sihat berprotein tinggi.
3. Ikan Bakar Serai Bersalut Garam Celtic
- Lumurkan ikan (contoh: siakap atau kembung) dengan serai kisar, bawang putih, dan sedikit garam laut Celtic.
- Bungkus dengan daun pisang dan bakar hingga masak sempurna.
Khasiat: Omega-3 daripada ikan dan mineral semula jadi dari garam meningkatkan fungsi otak dan jantung.
4. Kentang Panggang Rosemary Dan Garam Celtic
- Potong kentang
- Salutkan dengan minyak zaitun, daun rosemary segar dan sedikit Celtic Sea Salt.
- Bakar pada suhu 180°C selama 25 minit.
5. Ayam Panggang Madu Halia
- Perap ayam bersama madu asli, halia parut, bawang putih dan garam Celtic.
- Panggang hingga kulit keemasan.
Hasilnya? Masakan yang lembut, manis-pedas, dan penuh rasa.
Khasiat: Gabungan halia dan garam laut membantu penghadaman dan detoksifikasi badan.
6. Air Detox Timun Pudina & Garam Celtic
- Campurkan air sejuk dengan hirisan timun
- Masukkan daun pudina segar dan secubit kecil Celtic Sea Salt.
Minuman ini sangat menyegarkan dan membantu keseimbangan elektrolit badan.
7. Sayur Tumis Cendawan & Brokoli
- Tumis cendawan tiram dan brokoli dengan bawang putih dan minyak kelapa dara.
- Akhir sekali, masukkan garam laut Celtic untuk menambah rasa tanpa MSG.
Khasiat: Antioksidan tinggi dan sesuai untuk pemakanan anti-kanser.
Kesimpulan
Gantikan Garam Biasa kepada Garam Celtic Sea Salt!
Penggunaan Celtic Sea Salt dalam resepi harian bukan sahaja meningkatkan rasa makanan, tetapi juga menyumbang kepada kesihatan yang menyeluruh – termasuk menyokong fungsi otak, jantung dan sistem tubuh.
Garam semula jadi ini adalah pilihan terbaik untuk mereka yang ingin mengurangkan pengambilan bahan kimia dan mengekalkan nutrien penting dalam masakan harian anda.
Mulakan perubahan kecil hari ini – tukar garam biasa kepada Celtic Sea Salt, dan nikmati perbezaannya!
Dah cuba, belum?
Kalau belum, jom dapatkan sekarang!