Resepi Ramadan Sihat Dengan Mi Rendah Gluten

Time tekak nak merasa makanan western,

Paling mudah nak buat iaitu spageti Aglio Olio.

Jenis ni paling sihat sekali dalam banyak banyak jenis spageti lai.

Contohnya Bolognese, Carbonara dll.

 

Tapi saya tak pakai spageti biasa beli tu.

Saya pakai Ramen Kunyit atau Sourdough Pumpkin Noodles.

Paling padu ialah mi sourdough ni mi rendah gluten.

Saya dapat banyak mesej beritahu ada yang memang tak boleh tolerate langsung dengan gluten.

Mungkin nampak remeh.

Tapi hanya yang ada masalah gluten intolerance saja yang tahu betapa peritnya.

Ni sumbangan kecil saya untuk masyarakat.

Terutama yang nak cari mi lebih sihat.

 

Mananya tak sihat. Guna tepung sourdough campur dengan tepung pumpkin.

Kalau makan lebih kenyang lagi.

Untuk puasa sesuai sangat untuk sahur atau berbuka.

Boleh buat macam macam.

Masak tomyam boleh, buat mi kari boleh, mi bandung pun cun.

Nak goreng mamak pun no problem.

Semua masuk.

Yang penting bagus untuk usus, gula dalam darah, rendahkan risiko serangan jantung.

Mana nak cari mi tinggi antioksidan.

Ini resepi mudah buat mi sourdough Aglio Olio:

Bahan:

– 1 keping Ramen Kunyit/Sourdough Noodles

– 2 sudu minyak zaitun

– 4 ulas bawang putih cincang

– 1/2 biji bawang Holland potong dadu

– Serbuk Ni Lagi Sedap

– 1/2 sudu blackpepper coarse

– 2 sudu chili flakes

– 1 mangkuk udang dikopek kulit

– Daun parsley dihiris nipis

– 1 cili panjang potong

 

Cara:

1. Rebus mi dan toskan.

2. Panaskan minyak zaitun.

3. Tumis bawang putih, bawang holland sampai kuning layu.

4. Masukkan chilli flakes dan blackpepper.

5. Kemudian masukkan udang. Nak guna sotong pun boleh.

6. Masukkan mi (boleh add tomato, capscium kalau nak).

7. Perasakan dengan Ni Lagi Sedap. Tuang sedikit air lebihan rebus mi tadi.

8. Angkat dan tabur cili, daun parsley.

Mudah bukan? Selamat mencuba!

Anda Juga Mungkin Berminat

31 Makanan Bantu Tingkatkan Sel Darah Merah

Hari Lupus Sedunia – 10 Mei 2024

Berat Badan Berlebihan Dan Risiko Kanser

Hari Kanser Ovari Sedunia – 8 Mei 2024

Hari Talasemia Sedunia – 8 Mei 2024

6 Kesan Tubuh Kekurangan Nutrisi (Malnutrisi)

Scroll to Top