12 Khasiat Premium Extra Virgin Olive Oil Untuk Kesihatan

Ada peminat olive oil di sini?

Antara minyak zaitun paling berkualiti.

Ialah Extra Virgin Olive Oil. Lebih dikenali sebagai EVOO.

Ada 5 jenis kategori boleh didapati di pasaran.

BACA 5 JENIS MINYAK ZAITUN ANDA PERLU TAHU

 

Tapi sayangnya.

Dekat Malaysia tiada badan rasmi.

Yang mengawal selia tahap keaslian dan kualiti minyak zaitun.

Ada yang ambil kesempatan untuk claim sesuka hati.

Ini boleh datangkan rasa ragu dan was was terutama bagi pembeli.

 

Menurut Dr Rizal Abu Bakar.

Iaitu pakar yang banyak mengkaji pasal O.T.A.K

Bagaimana pemakanan mempengaruhi prestasi O.T.A.K.

Ada satu jenama minyak zaitun yang sedang meningkat naik namanya.

Di bumi Morocco. Yang boleh dibeli tanpa ragu dan was was.

Jenama tersebut ialah Zouitina Prestige.

Dr Rizal juga pengeluar MCT Oil OCOC yang turut diperakui keasliannya.

Dan bekalkan manfaat untuk kesihatan.

BACA 9 MANFAAT MCT OIL UNTUK KESIHATAN

Zouitina Prestige dikenali dalam menghasilkan minyak zaitun premium.

Menggunakan buah zaitun berkualiti tinggi.

Yang ditanam di ladang Zouitina sendiri guna buah zaitun muda.

Kenapa buah muda jadi pilihan?

Kerana jumlah kepekatan antioksidan ‘polyphenols’ dalam zaitun muda adalah yang tertinggi

Berbanding buah zaitun tua.

Proses kutipannya secara manual iaitu dipetik dengan tangan.

Minyak kemudian dibawa ke makmal dan dikaji.

Telah disahkan sebagai EVOO tahap premium melalui 2 ujian iaitu:

  1. Ujian Organoleptik
  2.  Analisis Kimia

Oleh makmal antarabangsa di Tello, Sepanyol.

Makmal ini diiktiraf oleh International Olive Council (IOC).

Satu satunya organisasi antarabangsa yang diakui oleh badan kerajaan sedunia

Dalam bidang kajian dan melindungi kepentingan buah dan minyak zaitun.

 

Bila kualiti superb.

Banyak anugerah telah diterima Zouitina dalam pertandingan minyak zaitun.

Yang diadakan di seluruh dunia.

Anugerah tersebut ialah:

 

1. GOLD AWARD

The New York International Olive Oil Competition (2023)

 

2. GOLD AWARD

International Extra Virgin Olive Oil Competition Los Angeles (2023)

 

3. GOLD AWARD

EVO International Olive Oil Contest Italy (2023)

 

4. GOLD AWARD

Athena International Olive Oil Competition Greece (2023)

 

5. GOLD AWARD

Morocco National Extra Virgin Olive Oil Competition (2023)

 

6. GOLD AWARD

International Extra Virgin Olive Oil Competition Tokyo (2023)

 

7. GOLD AWARD

18th China International Olive Oil Competition (2023)

 

8. GOLD AWARD & TOP 100

The Best Moroccan Extra Virgin Olive Oil EVOOLEUM (2023)

World’s Top 100 Extra Virgin Olive Oil EVOOLEUM (2023)

 

[Lebih banyak anugerah pada tahun tahun lepas di halaman paling bawah]

Zouitina Prestige turut dikenali di negara negara Eropah.

Ini 12 khasiat asli anda bakal peroleh.

Apabila amal Premium EVOO dalam diet harian iaitu:

 

1. Lancarkan Metabolisma Lipid

Bantu turunkan paras kolesterol jahat.

Jumlah kolesterol dalam darah juga terkawal.

Kolesterol penyebab pelbagai penyakit kronik antaranya:

Strok, jantung tersumbat, kebas kaki, batu hempedu dan nyanyuk

 

2. Kawal Tekanan Darah

Penyakit darah tinggi jangan dibuat main main.

Ia masuk kategori penyakit kronik.

Dianggarkan 7 juta rakyat Malaysia ada penyakit hypertension!

Tak masuk lagi dengan yang TAK TAHU pun mereka ada penyakit darah tinggi.

Minyak zaitun didapti bantu kawal tekanan darah.

Kekalkan pada paras normal.

 

3. Atasi Masalah Penghadaman

Bantu cegah masalah berkaitan sistem usus.

Seperti gastrik, sembelit dan cirit birit.

Minyak zaitun juga bantu halang pembentukan batu karang

Selain kurangkan craving makanan manis.

 

4. Bersifat Anti-Tumor

Dalam kajian dibuat di Arab Saudi didapati bahawa oleuropein’

Iaitu sebatian semula jadi pada buah zaitun punyai potensi tinggi sebagai antikanser

Pengambilan minyak zaitun dalam diet Mediterranean.

Kurangkan risiko kanser payudara sebanyak 62%.

 

5. Tingkatkan Sistem Imun

EVOO ni sebahagian daripada diet Mediterranean.

Sebab itu deme tu jangka hayat lebih lama dengan purata.

Jangka hayat penduduknya melebihi 80 tahun.

EVOO berfungsi kurangkan radang dan oxidative stress dalam tubuh

Kajian dapati, pengambilan 1-2 sudu EVOO setiap hari.

Bantu mengukuhkan sistem imun tubuh.

Lebih rendah risiko terkena jangkitan bakteria atau virus seperti COVID-19.

6. Bantu Metabolisma Glukosa

Kajian dalam jurnal Sec. Nutrition and Food Science Technology (2022):

Peserta diberi makanan berasakan diet Mediterranean seperti:

Buah, sayur, ikan, bijirin, tenusu rendah lemak dan EVOO

Peserta dibahagi kepada 2 kumpulan.

Kumpulan 1 ambil EVOO. Kumpulan 2 ambil makanan lain kecuali EVOO.

Terdapat penurunan ketara jumlah gula dalam darah bagi kumpulan 1

Berbanding kumpulan 2.

Sekali gus berperanan dalam mencegah risiko pre-diabetes dan diabetes.

BACA 36 MAKANAN ANTI-DIABETES KENA ADA DALAM DIET

 

7. Cegah Osteoporosis

Osteoporosis ialah keadaan tulang melemah.

Apabila hilangnya jisim tulang menyebabkan tulang rapuh.

EVOO didapati bantu menguatkan tulang.

Dengan tingkatkan penyerapan mineral dan zat penting untuk tulang

EVOO juga bantu cegah kakisan tulang.

Bengkak pada sendi dan kemerosotan pada tisu kartilage (cartilage degradation).

 

8. Bersifat Anti-Mikrob

Minyak zaitun tinggi polyphenols.

Terutama yang diperbuat daripada buah zaitun muda.

Ia termasuk ‘oleuropein‘, ‘hydroxytyrosol’ dan ‘tyrosol‘.

Polyphenols bantu halang pertumbuhan patogen ada dalam makanan

Antara punca keracunan makanan:

  • Helicobacter pylori
  • Escherichia coli
  • Listeria monocytogenes
  • Salmonella enteriditis
  • Salmonella typhi 

 

9. Rendahkan Risiko Penyakit Neurodegeneratif

Kajian dalam jurnal Antioxidants (2021) dapati,

EVOO berupaya tingkatkan fungsi ‘blood-brain barrier’

Dan tingkatkan ‘functional connectivity’ antara setiap bahagian otak

Galakkan komunikasi sel neuron serta pertumbuhannya.

Cegah penurunan kognitif disebabkan faktor usia.

Seperti mudah lupa, dementia dan Alzheimers.

 

10. Bersifat Anti-Inflammatory

Ini antara khasiat utama minyak zaitun EVOO.

Terima kasih kepada antioksidan dalam buah zaitun contohnya ‘oleocanthal’.

Kajian dapati, ia berfungsi sama seperti ubat anti-radang Ibuprofen.

3 sudu setengah EVOO setiap hari ada 9mg oleocanthal.

Dos ideal untuk berikan kesan Ibuprofen.

 

11. Cegah Oxidative Stress

Nutrien dalam minyak zaitun didapati bersifat ‘anti-oxidative’.

Oxidative stress pemicu utama penyakit kronik.

Dihasilkan oleh radikal bebas – molekul tak stabil yang rosakkan sel

Pengurangan oxidative stress bantu kesihatan kulit.

Polyphenols antara antioksidan terkuat ada dalam Zoutina Prestige.

Bukan extra virgin olive oil biasa.

Zouitina Prestige berada pada kategori teratas iaitu PREMIUM:

12. Cegah Platelet Aggregation

Nutrisi EVOO bantu perbaiki peredaran darah.

Cegah ‘platelet aggregration’ – proses platelet melekat antara satu sama lain di tapak kecederaan vaskular

Penyebab masalah ‘hemostatic plug’ dan ‘thrombosis’.

Pembentukan hemostatic plug antara respons terawal kecederaan dinding salur darah

Thrombosis ialah gumpalan darah dalam salur darah.

Menyebabkan aliran darah jadi sempit.

 

Anda was was ketika membeli produk minyak zaitun?

Risau terbeli produk palsu? Pada harga tak masuk akal?

Mahu tahu cara mudah pilih EVOO tulen & terbaik?

Ikuti 4 langkah ini:

 

1. BAU

EVOO tulen punyai bau seperti jambu batu dengan aroma daun dan rumput menyegarkan.

Tiada bau tengik menusuk hidung. Tiada rasa terlalu pijar pedas.

 

2. RASA

EVOO berkualiti tinggi punyai rasa buah zaitun segar dengan sedikit rasa pahit di pangkal lidah.

Kemudian, diikuti dengan sedikit rasa pedas sewaktu ditelan.

Ibarat anda gigit buah zaitun mentah.

 

3. SIJIL PENGESAHAN GRED

EVOO berkualiti tulen perlu mempunyai sijil Pengesahan Gred iaitu:

  • Sijil Ujian Deria Rasa (Organoleptic Assessment)
  • Sijil Analisis Kimia (Chemical Analysis)

Yang dikeluarkan makmal yang DIIKTIRAF oleh Majlis Zaitun Antarabangsa (International Olive Council).

 

4. PENGIKTIRAFAN SEDUNIA

EVOO asli dan tulen akan bertanding di seluruh dunia.

Diiktiraf dalam Pertandingan Minyak Zaitun Antarabangsa yang utama di seluruh dunia.

Termasuk di Spain, AS, Greece, Japan, China, Morocco dan Itali.

 

Jadi pengguna bijak dalam memilih produk minyak zaitun terbaik untuk kesihatan diri dan keluarga anda!

Anda Juga Mungkin Berminat

31 Makanan Bantu Tingkatkan Sel Darah Merah

Hari Lupus Sedunia – 10 Mei 2024

Berat Badan Berlebihan Dan Risiko Kanser

Hari Kanser Ovari Sedunia – 8 Mei 2024

Hari Talasemia Sedunia – 8 Mei 2024

6 Kesan Tubuh Kekurangan Nutrisi (Malnutrisi)

Scroll to Top