Bulan puasa dah tak lama.
Saya up kan 7 resepi mudah yang sihat. Yang bekal nutrisi.
Hero kali ini saya pakai barli.
Pengganti nasi putih cukup luar biasa.
1. Air Barli Pudina
Daun pudina gabung dengan barli memang fuh!
Minum pula masa buka puasa.
Memang hilang dahaga sekelip mata.
Daun pudina ni kaya flavonoid.
Seperti eriocitrin, luteolin dan hesperidin. Ejen anti-radang dan anti kanser.
Segarkan nafas, bagus untuk selesema dan boostkan mood.
Bahannya seperti berikut:
-
- 1 cawan barli
-
- 2 sudu Madu Uzbekistan
-
- Garam cukup rasa
-
- 4 keping hirisan lemon
-
- 1 sudu air perahan lemon
-
- Segenggam daun pudina
1. Rebus barli dengan air sampai mendidih.
2. Tutup api. Sejukkan seketika. Masukkan madu, garam dan air perahan lemon.
3. Kacau sebati. Untuk hidangkan dalam gelas.
4. Tuang air barli. Masukkan hirisan daun pudina dan lemon. Tambah ais.
5. Boleh tambah lagi madu ikut selera. Sedia untuk diminum.
2. Air Barli Pandan
Ramai sangat dok minta resepi air barli untuk berbuka puasa.
Barli ni bijirin purba sihat.
Tak diubahsuai secara genetik.
Mampu bertahan walaupun ribuan tahun berlalu.
Masuk kategori ‘smart complex carbs’
Ada serat unik iaitu beta glucan. Turunkan kolesterol.
Seimbangkan bakteria dalam usus.
Bakar lemak bagi berat mudah turun. Kawal tahap gula dalam darah
ARTIKEL PENUH: 24 KHASIAT LUARBIASA BARLI
Nak buat pun mudah. Bahan seperti berikut.
-
- 1 cawan barli
-
- 2 helai daun pandan
-
- 3 cawan air
-
- 1 sudu besar gula kelapa OCOC / madu
-
- 2 sudu teh jus perahan limau
1. Rendam, basuh dan bilas barli sehingga bersih.
2. Masukkan barli ke dalam periuk. Tuang air secukupnya. Masukkan daun pandan. Rebus sampai barli bertukar lembut.
3. Bila dah masak, sejukkan dan tuang air barli dalam jug. Letak gula kelapa /madu dan perahan limau cukup rasa.
4. Letak dalam peti sejuk. Sedia untuk diminum.
Mudah bukan? Bolehlah cuba.
3. Lempeng Barli
Serius sedap lempeng kelapa pakai tepung barli.
Tambah dengan yogurt delima dan blueberry. Terangkat habis.
Buat lempeng puna senang. Cuma perlu 4 bahan.
-
- Kelapa parut
-
- Tepung barli
-
- Sedikit garam Celtic
-
- Air suam
Nak buat pun senang. Campur semua bahan dan gaul.
Lepas bakar masa panas panas tu boleh cicah dengan gula kelapa OCOC.
Makan macam tu saja atau makan dengan madu.
Cicah dengan Vegan OCOC dibancuh pekat likat pun kaw kaw rasanya.
Tepung barli boleh blend sendiri.
Nak mudah boleh beli saja.
4. Bubur Barli
Biasanya bubur barli ni orang buat minum petang. Bukan makanan utama.
Untuk saya macam nilah makanan utama.
Nak buat pun senang.
-
- Barli
-
- Santan
-
- Garam
-
- Air
-
- Daun pandan
1. Rendam biji gandum 1-2 jam. Toskan air dan bersihkan.
2. Masukkan air 2-3 cawan atau lebih. Pastikan biji gandum tenggelam.
3. Masukkan daun pandan.
4. Rebus sampai biji gandum lembut.
5 Bila dah lembut masukkan gula kelapa. Rasa -ikut selera masing nak manis macam mana.
6. Masukkan santan.
7. Dah ok boleh masukkan garam secukup rasa.
5. Keledek Lenyek Barli
Sesuai untuk makan pagi. Lengkap nutrisi untuk mulakan hari.
Keledek adalah superfood.
Penting untuk immunity builder. Padat nutrien anti kanser.
1 biji keledek beri 400% vitamin A yang diperlukan setiap hari.
Bahannya tak banyak. Caranya pun senang.
-
- Keledek
-
- 100g barli
-
- Secawan air
-
- 2 biji bawang besar
-
- Sedikit garam bukit
-
- Sedikit lada hitam
-
- 2 helai bay leaves
-
- Sedikit unsalted butter
1) Rebus keledek bersama barli, garam dan bay leaves.
3) Tumis bawang besar dengan butter. Masukkan lada hitam.
4) Masukkan tumis dalam keledek rebus.
5) Kacau sehingga lembut. Kalau nak lagi berkrim boleh tambah susu segar.
RESIPI SETERUSNYA: 4 RESEPI SIHAT SEDAP DR RIZAL MUDAH DIBUAT
6. Risotto Barli
Pernah makan butternut squash?
Dalam bahasa dipanggil sebagai labu manis.
Butternut squash ni kaya vitamin C, vitamin E dan beta carotene.
Untuk kebalkan sistem imun.
Tinggi potassium untuk kawal tekanan darah.
Bahan seperti di bawah:
-
- 1 biji butternut squash
-
- 2 sudu besar minyak zaitun
-
- 3 mangkuk air rebusan ayam
-
- 1 biji bawang besar
-
- 3 ulas bawang putih
-
- 1 cawan barli
-
- 2 sudu teh herba thyme
-
- Garam secukup rasa
-
- Lada hitam secukup rasa
-
- Keju Parmigiano
Cara nak buat tak susah.
1) Bakar butternut squash disaluti dengan minyak zaitun dalam oven sampai lembut
2) Panaskan periuk, masukkan minyak zaitun. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.
3) Masukkan herba thyme. Kemudian, masukkan barli dan gaul.
4) Selepas 2 minit, masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit.
5) Bila dah makin berkrim, baru masukkan butternut squash dan keju.
6) Perasakan dengan garam dan lada hitam.
RESIPI SETERUSNYA: 4 RESEPI PEMBUKA RAMADAN DR RIZAL
7. Lamb Shank Barli
Puasa ni tak sah kalau tak pekena lamb shank.
Daging bahagian kaki bebiri.
Sumber protein bagus. Kaya zat besi dan vitamin B12.
Kali ini saya up resepi mudah guna barli.
Paling penting, rasanya sedap.
Bahan utama iaitu:
-
- 4 ketul lamb shank (350g-400g setiap satu)
-
- 3 batang daun bawang
-
- 1 biji bawang besar
-
- 6 ulas bawang putih
-
- 1/4 cawan puri tomato
-
- 2 cawan air rebusan ayam
-
- 2 cawan barli
-
- Garam cukup rasa
-
- Serbuk lada hitam cukup rasa
1. Panaskan oven suhu 170ºC.
2. Panaskan kuali. Masukkan minyak zaitun. Goreng lamb shank.
3. Masukkan hirisan daun bawang. Diikuti dengan barli, garam serta lada hitam.
4. Gaul sehingga separuh masak. Tutup api dan biarkan.
4. Panaskan kuali lain. Tumis bawang putih, bawang besar.
5. Masukkan puri tomato. Kacau dan masukkan air rebusan ayam.
6. Tuangkan campuran ke atas lamb shank (tambah air jika perlu)
7. Pindahkan ke dalam oven dan masak selama 2 jam.
Pastikan isinya mudah lerai.
Resepi paling simple, sedap dan sihat.
Cubalah.