3 Resepi Roti Sedap, Sihat Dan Mengenyangkan

"Kenapa Doc banyak guna barley flour dalam resepi?"

Ini antara soalan yang kerap ditanya.

Jawapannya mudah.

Barley flour alternatif sihat gantikan white flour.

Barley flour tidak masuk kategori tepung 'highly processed' 

Barley flour dikekalkan dan dikisar sekali bersama germ dan bran.

Bahagian paling banyak nutrisi.

Barley flour masuk kategori tepung 'wholegrain'.

Tinggi serat larut beta-glucan selain serat tidak larut.

Bagus untuk kesihatan kardiovaskular dan penghadaman usus.

Lebih cepat kenyang. Bantu weight loss.

Barley flour juga tepung rendah gluten dan tinggi protein.

Selain kaya zat dan mineral lain termasuk:

Folat, iron, zinc, magnesium dan vitamin B6. 


Roti Nenas Limau Kasturi

Bahan:

1 cawan barley@almond flour

3/4 sudu teh baking powder

1/4 sudu baking soda

Secubit Celtic salt

2/4 cawan gula kelapa

1/4 cawan unsalted butter (cairkan)

1/4 cawan susu (boleh guna almond@oat)

2 biji telur gred A

1/2 cawan isi nenas potong

1/2 cawan jus perahan limau kasturi

 

Cara:

1. Panaskan oven suhu 180.

2. Gaul bahan kering. Masukkan bahan basah. Gaul sebati.

3. Tuang ke dalam loaf pan. Bakar selama 30 minit.

4. Untuk topping, karamelkan isi nenas dengan gula kelapa.

5. Sedia untuk dimakan.

 

Roti Pisang Almond

Bahan:

3 biji pisang ranum

3 biji telur gred A

3 sudu besar susu almond unsweetened

1 sudu ekstrak vanila

2 1/2 cawan almond flour

1/2 cawan serbuk cacao

1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

1 sudu teh baking soda

Secubit Celtic salt

 

Cara:

1. Panaskan oven suhu 180 – 200.

2. Letak parchement paper dalam loaf pan. Ketepikan.

3. Gaul bahan basah sehingga sebati.

4. Baru masukkan bahan kering. Gaul lagi.

5. Tuang dalam loaf pan. Bakar selama 1 jam.

 

Roti Kismis Barley

Bahan:

2 sachet Barley Flakes On The Go

2 biji pisang ranum

1 biji telur gred A

3/4 cawan kismis

1 sudu teh baking powder

 

Cara:

1. Kupas dan blend pisang sampai tekstur lembut.

2. Masukkan telur. Kacau hingga sebati

3. Kisar Barley Flakes. Satukan bersama pisang.

4. Masukkan kismis dan baking powder.

5. Kacau lagi biar sebati. 

6. Dah siap alihkan ke baking pan.

7. Masukkan parchment paper atau sapu butter.

6. Bakar 20 minit pada suhu 200.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

6 Kelebihan Daun Kucai Selain Penyedap Rasa

Scroll to Top