Kulit Kayu Manis – 12 Khasiat Rempah Tertua Dunia

Kulit kayu manis adalah rempah purba.

Dah lama orang guna untuk rawatan tradisional.

Saya suka Ceylon cinnamon. Lagi elok lagi padu.

Sebab nakkan khasiatnya.

Sama macam gengnya yang lain.

Termasuk buah pelaga, kunyit hitam dan saffron.

1. ‘Powerhouse’ Anti Oksida

Kayu manis kaya anti oksida polifenol.

Bau manis unik disebabkan adanya cinnamaldehyde.

Ada epicatechin.

Juga ada dalam beri biru dan coklat gelap.

Bantu atasi oxidative stress.

Penyebab risiko nyanyuk.

Bantu singkirkan bahan buang untuk sel lebih sihat.

2. Cegah Diabetes Jenis II

Cinnamon bantu turunkan gula dalam darah.

Tingkatkan sensitiviti insulin dengan tiru kesannya.

Giatkan pergerakan gula dalam salur darah.

Redakan radang.

Serta turunkan kolesterol jahat.

Sumber terbaik cegah diabetes seperti barli dan ulam raja.

3. Kawal Berat Badan

Kulit kayu manis mampu kurangkan kesan.

Dari pemakanan tinggi lemak.

Petua paling mudah untuk tubuh sihat.

Letak 1 sudu teh serbuk kayu manis dalam 1 gelas air suam.

Minum setiap pagi.

Kalau nak rebus pun boleh. Letak beberapa biji bunga cengkih.

Legakan kembung perut.

Buang toksin dalam badan dengan keluarkan radikal bebas.

kulit kayu manis

4. Jadikan Kulit Awet Muda

Ramai tak tahu.

Yang kayu manis bantu lancarkan aliran darah.

Bekalkan cukup oksigen ke sel kulit.

Lebih nutrien diserap masuk dalam kolagen dan elastin.

Buang sel kulit mati.

Dan baik pulih kelembapan kulit.

Redakan kesan garis halus di bawah mata.

Cerahkan tona kulit.

Dan jadikan bibir lebih berisi.

Ini petua buat pes muka untuk masalah jerawat.

Campur 1 sudu teh serbuk kayu manis dengan 3 sudu madu.

Gaul dan lumur pada muka.

Sumber anti jerawat seperti teh saffron dan limau purut.

5. Kurangkan Risiko Kanser

Kajian terbaru dapati.

Kayu manis berpotensi rangsang apoptosis.

Dalam sel kanser.

Bantu halang pertumbuhan sel kanser serviks.

Ia juga ada eugenol.

Yang bersifat cytotoxic kepada sel kanser kolon.

Juga ada dalam buah pala, selasih dan lemon balm.

6. Atasi Masalah Neurodegeneratif

Bersifat neuroprotective.

Rendahkan risiko seperti Parkinson’s.

Dan Alzheimer’s (nyanyuk).

Tingkatkan metabolisma gula di dalam otak.

Kurangkan radang otak.

Selain amal kayu manis.

Kerap bersenam. Elak makanan tinggi gula putih.

Tinggi lemak tepu. Jauhi makanan berproses.

Dan tahu tips elak terbeli makanan jahanamkan tubuh.

cinnamon

7. Tingkatkan Sistem Imun

Bersifat anti kulat dan anti kuman.

Cinnamaldehyde bantu tingkatkan sistem imun.

Lawan risiko jangkitan.

Elak radang penyebab masalah kronik.

Ini cara mudah buat teh.

Guna kayu manis Ceylon. Boleh guna uncang teh hitam.

Kalau tiada, guna air putih.

Tambah pemanis seperti gula kelapa atau madu.

Kalau saya.

Taburkan sedikit serbuk kayu manis ke dalam Barley Flakes

Memang merecik!

Dah lah barli memang banyak nutrisi.

Ada biji chia, santan, beras perang dan gula kelapa.

Khasiat lain kayu manis:

  • Lancarkan sistem perut.
  • Turunkan kolesterol tinggi.
  • Rawat ketidaksuburan.
  • Legakan sakit gigi.
  • Kuatkan tulang.

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

‘Rahsia’ Dr Rizal Legakan Masalah Perut Berangin!

Hormon Testosteron Rendah: 9 ‘Kebaikan’ Kaum Adam Kena Tahu

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga – Hargailah Mereka

Sikap Suka Membanding Bandingkan Anak Dan Kesannya

‘Rahsia’ Dr Rizal Kekal Cergas Tanpa Mengaduh Sakit Sendi!

Rahsia Dr Rizal Cepat Bakar Lemak Hanya Dengan Berjalan Kaki!

Scroll to Top