Resipi Sarapan Untuk Pelajar SPM

Pagi esok nak beri sarapan apa? Dah ada plan?

Mahu saya kongsi satu resepi mudah?

Hari pertama berikan sedikit booster. Belanja anak sandwich salmon campur telur.

Resepinya mudah.

Bahan bahan:

1) Seketul ikan salmon. Goreng salmon tanpa minyak. Sapu sedikit minyak ghee

2) Dua biji telur direbus

3) Butter untuk disapu atas roti

4) Roti Multigrain

5) Lettuce. Sehelai atau dua helai

6) Timun. Dipotong nipis

Cara cara:

1) Ceraikan isi ikan.

2) Hancurkan telur rebus campur dengan isi ikan. Digaul.

3) Sapu butter atas roti. Letakkan lettuce dan timun.

4) Masukkan campuran isi ikan dan telur tadi. Kalau mahu boleh letak lada hitam.

Selesai menu untuk breakfast. Tutup dengan coco OCOC kalau ada.

Bawa bekal air kosong yang dimasukkan 2 sudu chia seed.

Berikan dia sepotong kecil dark chocolate 70% ke atas.

Masa rehat boleh snacking dengan dark chocolate ini.

Boleh juga ambil buah atau kekacang seperti brazilian nuts.

Elakkan ambil makanan berat.

Boleh boleh? Saya doakan anak tuan/puan peroleh keputusan cemerlang seperti yang dihajati.

Anda Juga Mungkin Berminat

Sengkuang Cina – Ini 9 Khasiat Tersembunyi Ramai Tak Tahu!

9 Petua Redakan Demam Panas Anak – Ibu Bapa Wajib Cuba!

Bukan Sekadar Makan! Ini 5 Cara Kuatkan Mental Anda Melalui Nutrisi Harian

Cendawan Enoki – Ini 7 Khasiat & Risiko Jika Dimakan Mentah Ramai Tak Tahu!

Nak Anak Pandai Bergaul? – Cuba 11 Cara Ini Pupuk Perkembangan Sosial Anak!

Awas! Elak 7 Benda Ni Kalau Tak Nak Obes

Scroll to Top