18 Resipi Viral Anda Patut Cuba Buat Di Rumah

Tak tahu nak masak apa?

Tengah cari resipi ringkas dan jimat masa?

Paling penting, sihat dan tak sebabkan calorie overdose!

Boleh cuba 18 resipi di bawah.

Selamat mencuba!

1. Sup Tauhu Telur

Bahan:

  • 1 bungkus tauhu telur (potong 6)
  • 4 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 mangkuk kecil isi ayam/udang
  • 1/2 lobak merah (hiris halus panjang)
  • 2 batang sawi (potong kasar)
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 2 biji telur (dipukul)
  • Ni Lagi Sedap cukup rasa
  • Segenggam kecil daun sup (hiris halus)
  • Sedikit bancuhan tepung ubi kayu (pemekat kuah)

Kalau nak kuah cair pun tiada masalah.

Cara:

  1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak.
  2. Bila garing, masukkan isi ayam & lada hitam.
  3. Kacau. Masukkan air secukupnya.
  4. Jika dah mendidih, masukkan lobak merah.
  5. Perasakan dengan Ni Lagi Sedap.
  6. Masukkan tauhu telur dan sawi. Kacau perlahan.
  7. Perlahankan api. Masukkan telur dipukul.
  8. Masukkan tomato dan daun sup.

2. Kaserol Telur

Bahan:

  • 2 keping roti wholegrain/sourdough
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1/2 bawang besar (cincang)
  • 1 cendawan shiitake (cincang)
  • 5 tangkai kecil brokoli
  • 1 mangkuk isi ayam (cincang)
  • 1/4 cawan low fat milk
  • 2 keping cheddar cheese
  • 3 biji telur gred A
  • Sedikit daun parsli
  • Sedikit mentega
  • Ni Lagi Sedap cukup rasa

Cara:

  1. Sapu mentega pada loyang. Susun kepingan roti sampai mampat.
  2. Masukkan tomato, bawang, shiitake, brokoli & isi ayam.
  3. Pukul telur dalam mangkuk. Tabur Ni Lagi Sedap diikuti susu.
  4. Kacau & tuang telur ke dalam loyang tadi.
  5. Carikkan kepingan keju & tabur diakhiri daun parsli.
  6. Setkan oven suhu 200 selama 25 minit.

Semasa hidang, titiskan sedikit MCT oil untuk lebih rasa umphh!

Yang pasti, rasa berbeza dengan telur dadar ye.

3. Ikan Kembung Serai

Bahan:

  • 2 ekor kembung
  • 2 cm halia (kisar)
  • 5-10 lada merah (kisar)
  • 2 batang serai (mayang halus)
  • 2 biji bawang besar (kisar)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Daun ketumbar (mayang halus)
  • Ni Lagi Sedap cukup rasa

Cara:

  1. Gaul halia, lada, serai, bawang, kunyit, Ni Lagi Sedap jadi pes.
  2. Lumur pada bahagian luar & dalam kembung.
  3. Perap selama 30-45 minit.
  4. Lapik kembung guna daun pisang.
  5. Letak dalam air fryer & bakar suhu 200°C selama 12-15 minit.
  6. Dah siap, tabur daun ketumbar & sedikit serai dimayang.

4. Nuget Ayam

Bahan:

  • 1 mangkuk isi ayam
  • 2 keping roti wholegrain (kisar)
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 1 batang karot (kisar)
  • 1 cawan kobis (kisar)
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sudu teh black pepper
  • 1/2 sudu teh white pepper
  • Secubit garam Himalaya
  • Sedikit butter

Cara:

  1. Pecahkan telur dalam bahan kisar. Letak garam & peppers.
  2. Gaul rata. Tuang ke dalam bekas segi empat.
  3. Kukus selama 20 minit kemudian sejukkan.
  4. Untuk goreng, potong ikut bentuk yang diingini.
  5. Sapu sedikit butter dalam kertas bakar. Letak dalam air fryer.
  6. Susun nuget. Bakar sampai masak. Jangan lupa terbalikkan setiap sisi.

5. Ikan Sardin Tomato

Bahan:

  • 5-6 ekor sardin (disiang)
  • 2 biji bawang besar (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 4 biji cili padi (kisar)
  • 2-3 biji tomato saiz besar (potong 4)
  • 1/2 tin tomato puree
  • 1 biji capsicum (potong halus)
  • 1@2 asam keping
  • Ni Lagi Sedap cukup rasa
  • Optional: karot, kacang pis

Kali ni guna pressure cooker bagi tulang lembut dan boleh dimakan sekali.

Cara:

  1. Masukkan sedikit minyak zaitun. Tumis bahan kisar.
  2. Masukkan ikan sardin, puri & air. Tutup periuk. Masak selama 1 jam.
  3. Pastikan ikan serta tulang empuk. Dah siap, lepas pressure perlahan lahan.
  4. Masukkan asam, tomato & capsicum. Perasakan dengan garam Ni Lagi Sedap.

Biar menggelegak sikit. Siap untuk dihidang.

6. Ikan Kod Panggang

BAHAN COD:

  • 1 keping filet cod
  • 1 sudu makan Madu Uzbekistan
  • 1 sudu makan olive oil
  • 1 sudu teh MCT oil
  • 1 sudu makan serbuk ada hitam
  • 1/2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan herba rosemary
  • 1 1/2 sudu makan perahan lemon
  • Ni Lagi Sedap cukup rasa

  1. Gaul semua bahan kecuali filet cod.
  2. Lumur di atas filet dan perap selama 30 minit.
  3. Panaskan kuali guna api besar.
  4. Hanya perangkan dalam seminit bagi setiap sisi kod.
  5. Letak filet dalam loyang. Bakar dalam oven suhu 180°C selama 20 minit.

BAHAN MASHED:

  • 1 biji keledek saiz besar
  • 1 1/2 sudu teh herba rosemary
  • Serbuk lada hitam cukup rasa

  1. Rebus keledek selama 10-15 minit.
  2. Kemudian, lenyek dan campur bahan selebihnya

BAHAN BAYAM:

  • 1 ikat bayam
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh butter
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit keju parmesan parut

Cara memasak:

  1. Panaskan kuali. Masukkan butter dan bawang.
  2. Masak sampai bawang mula garing.
  3. Tambah bayam (boleh tambah cendawan). Goreng kilas.
  4. Tambah keju dan lada hitam. Gaul rata.

7. Daging Singgang Kelantan

Bahan:

  • 1 portion daging batang pinang (hiris nipis)
  • 2 inci halia (hiris nipis)
  • 2 inci lengkuas ( hiris nipis)
  • 2 biji bawang merah (hiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 2 keping asam gelugur
  • 6 tangkai cili kering (buang biji)
  • 1 sudu teh biji ketumbar (tumbuk)
  • 1 sudu teh budu
  • Sedikit garam Himalaya
  • Air secukupnya

Cara:

  1. Tumis daging dengan bahan hiris & bahan tumbuk terlebih dahulu.
  2. Baru masukkan air bersama cili kering & asam gelugur. Rebus sampai empuk.
  3. Bila dah empuk, perasakan dengan garam & budu.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Hidangan cukup simple dan menyihatkan.

8. Ayam Tumis Reneh Daun Bawang

Bahan:

  • 5-6 dada ayam buang kulit
  • 3-4 batang daun bawang (hiris)
  • 1 mangkuk kecil kacang pis
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 2 inci halia parut
  • 5 ulas bawang putih parut
  • 2 biji bawang merah hiris
  • Sedikit air rebusan ayam
  • 2 sudu teh kicap rendah garam
  • 3 sudu teh MCT oil
  • Ni Lagi Sedap cukup rasa

  1. Lumur ayam dengan lada hitam. Panggang dalam pan sampai masak.
  2. Tumis halia, bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan air rebusan ayam. Reneh selama 3 minit.
  4. Masukkan kicap, air dan Ni Lagi Sedap. Renehkan.
  5. Dah pekat, masukkan ayam (boleh potong kecil kecil).
  6. Gaul dan masukkan daun bawang dan kacang pis.
  7. Tutup api. Masukkan MCT oil. Siap untuk dihidang.

9. Sourdough Pad Thai

Bahan pad thai:

  • 1 paket mi sourdough (rebus al dente)
  • 1 sudu teh sos ikan atau sos kicap
  • 1 sudu teh gula kelapa
  • 1 sudu teh pes asam jawa atau jus limau
  • 1 ketul tofu digoreng (potong kiub)
  • 1 keping dada ayam direbus (carik)
  • 1 biji bawang merah (mayang halus)
  • 1 biji telur (dipukul)
  • Thai basil secukupnya
  • Kacang tanah goreng secukupnya
  • Tauge secukupnya
  • Daun bawang secukupnya
  • Cili merah secukupnya

  1. Campur sos ikan, gula kelapa dan air asam jawa dalam mangkuk.
  2. Goreng kilas bahan 1 hingga 8. Bahan selebihnya masukkan akhir sekali.
  3. Siap untuk dihidang.

Mudah bukan? Sedap dan sihat penuh serat.

10. Ayam Lemon Madu

Bahan:

  • 3 keping dada ayam buang kulit
  • 2 sudu makan mentega
  • 1/4 cawan air rebusan ayam
  • 3 sudu makan air perahan lemon
  • 1 sudu makan Madu Uzbekistan
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • Italian seasoning cukup rasa
  • Ni Lagi Sedap cukup rasa

  1. Panaskan dulu oven sekitar 180°C-200°C.
  2. Cairkan mentega dalam skillet. Panggang dada ayam separuh masak.
  3. Ayam letak tepi. Campur bahan selebihnya dalam mangkuk.
  4. Tuang campuran ke atas ayam. Bakar sehingga keperangan.

11. Mi Sourdough Tomyam

Bahan:

Bahan tomyam:

  • Udang (buang kulit & urat)
  • 2 biji cili padi Thai (blend)
  • 3 ulas bawang putih (blend)
  • 1 biji bawang Holland (blend)
  • Kiub rebusan ayam cukup rasa
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 batang serai
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 inci halia
  • 4 biji tomato ceri
  • 4 biji cendawan butang
  • 1 batang daun bawang
  • Daun ketumbar secukupnya

  1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan kiub rebusan ayam.
  2. Masukkan pes yang diblend, sos ikan, serai, daun limau, halia, cendawan & tomato.
  3. Masak guna api tinggi selama seminit.
  4. Kemudian, rendahkan api dan biarkan selama 15 minit.
  5. Masukkan udang dan daun bawang. Biarkan 3-4 minit.
  6. Akhir sekali, masukkan mi sourdough.

12. Pasta Udang Santan

Bahan:

  • 6-8 ekor udang disiang
  • 1 cawan santan segar
  • 1 sudu makan MCT oil
  • 1 sudu makan halia (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • Daun sweet basil (cincang halus)
  • Chilli flakes secukup rasa
  • Garam & lada hitam cukup rasa

  1. Panaskan minyak. Saute bawang besar dalam 3 minit.
  2. Bila dah lembut, masukkan bawang putih, halia, basil & chilli flakes.
  3. Saute dalam 2 minit.
  4. Masukkan tomato. Perasakan dengan garam & lada hitam.
  5. Masukkan santan. Biar gelegak dalam 5 minit.
  6. Baru masukkan udang sebab udang cepat masak.
  7. Tambah lagi daun basil. Kacau dan siap.
  8. Untuk pasta, saya guna mi sourdough.
  9. Rebus al dente dan tuangkan kuah tadi.

13. Kari Nanas Thai

Bahan:

  • 2 sudu makan pes kari
  • 1/2 cawan santan segar
  • 3 sudu teh gula kelapa
  • 1 sudu teh sos ikan
  • Kepingan isi ayam
  • 1 mangkuk nanas
  • 2 biji tomato
  • 5 batang asparagus
  • 1/2 biji capsicum
  • Daun Thai basil secukupnya
  • Perahan limau secukupnya
  • Beberapa helai daun limau purut

Cara:

  1. Masukkan pes kari dan sedikit santan dalam periuk. Kacau selama 2 minit.
  2. Letak gula dan sos ikan. Kacau dan biarkan sekejap.
  3. Kemudian, masukkan isi ayam dan air secukupnya. Biarkan 5 minit.
  4. Masukkan nanas, tomato, asparagus, lebihan santan dan gula kelapa.
  5. Kacau. Perasakan mana yang terkurang. Baru masukkan Thai basil & daun purut.
  6. Tutup api. Perahkan limau dan siap.

14. Keledek Bayam Merah Tumis Air

Bahan:

  • 1 sudu olive oil/MCT oil
  • Serbuk Ni Lagi Sedap
  • 6 ekor udang dibuang kulit
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • Seikat bayam merah (batang lembut asing)
  • 3 biji bawang putih (hiris nipis)
  • 3 biji bawang merah (hiris nipis)
  • 1 batang keledek oren (hiris nipis)
  • Lada hitam cukup rasa (tumbuk halus)
  • 1 batang cili merah
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang sampai kuning.
  2. Masukkan udang. Boleh guna protein lain seperti isi ayam.
  3. Kacau separuh masak. Masukkan keledek & batang bayam dulu. Biar lembut.
  4. Baru masukkan daun bayam dan air secukupnya.
  5. Perasakan dengan bahan selebihnya. Rebus dalam seminit dua.

Elak rebus lama sangat. Nanti bayam layu dan hilang khasiat.

15. Udang Madu Walnut

Bahan:

  • Udang (buang kulit)
  • 1 cawan walnut (cincang kasar)
  • 2 sudu madu Uzbekistan
  • 1 sudu gula kelapa
  • 1/4 cawan air
  • 2 sudu minyak zaitun extra virgin
  • 2 sudu mayonis
  • 1 sudu jus lemon
  • 1 sudu teh blackpepper
  • Serbuk Ni Lagi Sedap cukup rasa
  • Segenggam daun bawang

Cara:

  1. Cairkan gula kelapa dengan air dalam pan. Masukkan walnut.
  2. Salutkan walnut jadi karamel. Asing dan letak tepi.
  3. Gaul udang, madu dan sesudu minyak zaitun dalam mangkuk.
  4. Goreng kilas dalam pan tadi. Tutup api.
  5. Gaul mayonis, jus lemon, sesudu minyak zaitun, pepper dan Ni Lagi Sedap.
  6. Masukkan campuran ke dalam udang. Buka api. Gaul rata.
  7. Masukkan walnut dan daun bawang. Siap.

Mesti anak anak suka dengan rasanya.

16. Salad Jagung 

Bahan:

  • Jagung (ambil isi saja)
  • 1/2 bawang besar (dadu halus)
  • 1/2 timun batang (dadu halus)
  • 1/2 capsicum hijau (dadu halus)
  • 3 biji tomato ceri (potong 2)
  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • 1 sudu makan MCT oil
  • 2 sudu makan madu Uzbekistan
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • Serbuk Ni Lagi Sedap cukup rasa
  • Daun ketumbar (potong kasar)
  1. Mula mula, panggang kilas jagung dalam pan. Asing dan letak tepi.
  2. Campur jus limau, MCT oil, madu, jintan manis & Ni Lagi Sedap dalam mangkuk.
  3. Masukkan jagung dalam mangkuk besar. Masukkan sayur selebihnya.
  4. Gaul rata. Untuk hidang, perah sedikit jus limau dan siap.

Resepi sesuai untuk citarasa anak dan galakkan mereka makan sayur.

17. Tempeh Madu Bijan

Bahan:

  • 2 sudu minyak bijan
  • 2 paket tempeh
  • Sedikit air
  • 2 sudu madu Uzbekistan
  • 1 sudu sesame seeds
  • 1 sudu teh serbuk flaxseed
  • Serbuk Ni Lagi Sedap
  • 1 sudu kicap rendah garam
  • Daun bawang secukupnya
  1. Panaskan minyak. Goreng kilas tempeh sampai keperangan.
  2. Campur madu, kicap, air, Ni Lagi Sedap & serbuk flaxseed dalam mangkuk.
  3. Tuang ke atas tempeh dan gaul sebati.
  4. Masukkan sesame seeds & daun bawang.
  5. Tutup api dan siap.

18. Roti Pisang Barli

Bahan:

  • 2 cawan tepung barli
  • 3/4 biji pisang (lenyekkan)
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 1/2 cawan gula kelapa
  • 1/4 cawan minyak kelapa
  • 1/4 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam Himalaya
  1. Preheat oven guna suhu 175°C selama 10 minit.
  2. Gaul tepung, baking soda, baking powder & garam dalam mangkuk.
  3. Dalam mangkuk lain, campur telur, pisang, gula & minyak. Pukul sebati.
  4. Tuang campuran dalam gaulan tepung tadi. Kacau sebati.
  5. Masukkan doh dalam loaf pan. Boleh sapu sedikit minyak elak melekat.
  6. Bakar selama 45 – 1 jam (bergantung pada tempoh isi dalam masak).

#DrRizal #Neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

31 Makanan Bantu Tingkatkan Sel Darah Merah

Hari Lupus Sedunia – 10 Mei 2024

Berat Badan Berlebihan Dan Risiko Kanser

Hari Kanser Ovari Sedunia – 8 Mei 2024

Hari Talasemia Sedunia – 8 Mei 2024

6 Kesan Tubuh Kekurangan Nutrisi (Malnutrisi)

Scroll to Top