Tahukah anda?
Remaja masa kini merupakan golongan
yang sering terdedah kepada masalah
pemakanan yang tidak teratur.
Pemakanan tidak teratur terdiri daripada pemakanan biasa (normal eating) atau gangguan makan (eating disorder) seperti anorexia nervosa, bulimia nervosa, binge eating disorders dan sebagainya
Rutin pemakanan sihat sangat penting,
terutamanya semasa usia remaja.
Ini kerana,
golongan remaja sedang melalui fasa
pertumbuhan yang pesat dan badan mereka
memerlukan pelbagai nutrien untuk
menyokong perkembangan ini.
Â
Namun begitu,
Ramai golongan remaja lebih cenderung
memilih makanan segera atau snek manis kerana
ia mungkin mudah dan sedap untuk dimakan.
Meskipun makanan ini boleh memberikan
tenaga segera kepada tubuh,
namun, ia tidak menyediakan nutrisi yang
mencukupi untuk keperluan harian remaja.
Â
Persoalannya?
Apakah sebenarnya rutin pemakanan sihat
bagi golongan remaja?
Ini adalah beberapa rutin penting yang
perlu remaja amalkan!
Â
    i. Mulakan hari dengan sarapan pagi
SARAPAN PAGI adalah sajian awal yang perlu diambil setiap hari. Pengambilannya menjadi suatu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah
Tahukah anda?
Sarapan pagi merupakan pembekal sumber
tenaga utama bagi memulakan tugas harian kita.
Sarapan pagi yang seimbang bukan sahaja
dapat membekalkan tenaga tetapi juga membantu
badan untuk lebih cergas dan produktif
terutamanya dalam pelajaran.
Â
    ii. Minum air kosong secukupnya
Minum air kosong 6-8 gelas setiap hari.
Tidak lupa juga,
ambil sekurang-kurangnya dua gelas air
kosong selepas melakukan aktiviti fizikal
untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat.
Â
    iii. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan
Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya tiga
hidangan sayur dan dua hidangan buah setiap hari!
Kepelbagaian warna sayur dan buah-buahan mampu
membekalkan vitamin dan mineral yang
menyokong sistem imun badan serta
serat yang baik untuk penghadaman.
Â
    iv. Amalkan pelbagai sumber protein
Dalam sehari, ambil satu hidangan ikan
atau 1-2 hidangan ayam, telur, atau daging
dan satu sajian legum.
Â
Tahukah anda?
Kepelbagaian sumber protein ini boleh
membekalkan asid amino yang
membantu dalam pembentukan sel otot
dan mengekalkan stamina mereka.
Â
    v. Amalkan pengambilan susu
Minum dua atau tiga gelas susu sehari.
Ini difahamkan bahawa susu kaya dengan
kalsium penting untuk membantu pembentukan
tulang dan gigi.
Â
Lazimnya, kita sudah sedia maklum bahawa
golongan remaja ni berada dalam fasa
pertumbuhan yang pesat dan
keperluan kalsium yang cukup dapat membantu
mereka mencapai tahap ketinggian optimum.
Â
Kenapa remaja perlu mengamalkan
pemakanan yang sihat?
- Menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal
- Meningkatkan fokus dan prestasi golongan remaja
- Menjadikan diri sentiasa cergas dan cerdas
- Mencegah daripada masalah kesihatan
- Membekalkan tenaga dan nutrien yang secukupnya untuk melakukan aktiviti fizikal harian
Amalan pemakanan sihat dan rutin
bersenam sebenarnya perlu diterapkan
dalam kehidupan seharian remaja.
Percayalah!
Apabila anda mengamalkan rutin ini
tubuh badan anda pasti akan
berterima kasih!
Â
ARTIKEL BERKAITAN: