Bagaimana Cara Hilangkan Sakit Kepala?

MIGRAIN

Migrain ialah keadaan sakit kepala berulang ulang di satu bahagian kepala.

Migrain kronik berterusan boleh bahayakan saraf.

Terutama yang berhubung dengan mata.

Bagaimana cara elak migrain?

  • Elak minuman berkafein
  • Elak makanan berproses masin/berkeju/jeruk
  • Guna lavender/pepprmint oil untuk redakan stres
  • Elak makanan/minuman sejuk
  • Ambil sumber tinggi magnesium
  • Akupuntur/mengurut
  • Dapatkan tidur cukup
  • Cukupkan pengambilan air
  • Aktif bersenam

Ini resepi mudah buat teh halia untuk legakan migrain.

Bahan:

Halia, madu asli, perahan lemon, air

Cara:

  1. Panaskan periuk. Masukkan air dan halia.
  2. Rebus api perlahan selama 15 minit.
  3. Bila dah siap, tapis dan masukkan madu & lemon.
  4. Minum 1 cawan.

Migrain serang lebih ramai wanita.

Bukan kerana wanita banyak berfikir. Tetapi kerana hormon estrogen yang lebih tinggi.

Antara penyebabnya:

  • Haid
  • Stress
  • Kepenatan
  • Lewat makan
  • Kurang air
  • Makanan diambil (daging proses, MSG, perisa tiruan, yeast, kafein)

ARTIKEL TERBARU:

9 PETUA ALAMI HILANGKAN BATUK KOKOL

VERTIGO

Vertigo bukan satu penyakit.

Tapi lebih kepada simptom apabila keseimbangan tubuh terganggu.

Terutama di bahagian telinga dan Cerebellum di otak.

Mengakibatkan diri atau persekitaran seolah olah ‘berputar.’

Simptom vertigo lebih berisiko untuk serang wanita berbanding lelaki kira kira 3x ganda.

Antara gejala utama vertigo termasuk:

  • Pening
  • Loya
  • Rasa berpusing
  • Muntah
  • Ketidakseimbangan
  • Penglihatan kabur
  • Sukar berjalan

Suplemen vitamin D, gingko biloba, kalsium dan coenzyme Q10 bantu legakan simptom.

Elak garam putih, pengganti gula , makanan tinggi lemak trans, nikotin dan kafein.

Elak daging dan produk ‘highly processed’ seperti sosej, daging cincang, nuget atau daging awet.

Amal sumber tinggi lean protein seperti ikan.

Sumber kaya magnesium contohnya kekacang.

Serta sumber kaya niacin, potassium dan vitamin B kompleks.

Tahu tak?

Ekstrak ginkgo biloba telah dikaji dan dibuktikan bantu atasi vertigo.

Satu kajian pada tahun 2022 libatkan 70 pesakit.

Di mana grup A diberi ekstrak ginkgo selama 3 bulan.

Hasil kajian dapati,

Ekstrak ginkgo bantu kurangkan intensiti, kekerapan dan durasi sindrom vertigo sebanyak 47%.

Berbanding 18% dalam grup yang tak diberi ekstrak.

Esktrak ginkgo ni ada dalam minuman Dark Chocolate OCOC.

Salah satu BAHAN UTAMA diformulasi khas.

Untuk aktifkan bahagian OTAK melibatkan mood dan fokus.

ARTIKEL PENUH DI SINI

TENSION HEADACHE

Masuk kategori sakit kepala paling biasa dihidapi.

Sakitnya terasa pada bahagian belakang mata dan pangkal leher.

Gejala lain seperti otot tegang dan sakit tetapi tak rasa berdenyut di kepala.

Sakit kepala jenis ni disebabkan oleh:

  • keletihan
  • cuaca panas
  • tak cukup tidur
  • kurang air
  • anxiety
  • murung
  • postur badan
  • postur gigi/rahang
  • mata tegang
  • tekanan darah tinggi

Macam mana cara atasinya?

Banyakkan minum air putih. Elak tatap gajet terlalu lama.

Jaga postur badan. Elak ‘slouching’.

Dapatkan tidur cukup. Amal makanan tinggi magnesium dan omega-3.

Banyakkan sayuran berserat berdaun gelap.

ARTIKEL TERBARU:

5 MITOS KESIHATAN POPULAR SELAMA INI INGATKAN BETUL!

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top