Sekarang tengah hangat di laman berita.
Kes kematian direkodkan di Sabah disebabkan batuk kokol.
Ditambah cuaca panas ekstrem yang tak menentu.
Batuk kokol (pertussis) jangan dibuat main sebab ia melibatkan salur pernafasan.
Batuk kokol ini serupa dan acapkali disamakan dengan batuk kering.
Kerana bunyi yang terhasil ketika tarik nafas.
Bahaya pasal batuk kokol ni dia senang merebak dan berjangkit.
Dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘whooping cough’.
Sebab setiap kali tarik nafas ada bunyi ‘whoop’.
Serta batuk berulang ulang tak boleh dikawal.
Batuk kokol bahaya sekiranya tak dicegah lebih awal.
Boleh akibatkan risiko pneumonia (radang paru paru), encephalopathy (radang otak) dan kematian.
Macam mana nak legakan batuk kokol secara alami?
.
.
Essential Oils
Titiskan peppermint oil atau eucalyptus oil dalam sebekas air.
Sedut wapnya. Tekupkan dengan tuala.
Boleh juga campurkan dengan minyak kelapa.
Urut pada bahagian belakang dan dada.
ARTIKEL BERKAITAN: 7 JENIS ESSENTIAL OILS UNTUK SIHAT
Vitamin C
Tambahkan pengambilan sumber makanan tinggi vitamin C.
Suplemen boleh tapi lebih baik jika amal buah buahan dan sayur sayuran.
Seperti jambu batu, tomato, kiwi, capsicum, brokoli, lemon.
ARTIKEL BERKAITAN: 10 KEBAIKAN VITAMIN C
Ubat Batuk Alami
Perapkan bawang Holland dengan madu asli.
Biar selama beberapa jam. Minum jusnya.
Ketuk beberapa ulas bawang putih.
Campur dengan madu. Amal 2-3 kali dalam sehari.
Boleh juga guna halia.
Langkah sama macam di atas.
ARTIKEL BERKAITAN:
UBAT BATUK MENGANDUNGI PHOLCODINE?
10 PETUA MUDAH HILANGKAN BATUK
Teh Chamomile
Masukkan 2 sudu teh bunga chamomile kering dalam cawan.
Letak sedikit air panas.
Biarkan sekejap dalam 5-10 minit.
Tapis air. Masukkan madu cukup rasa dan minum.
Jika tiada chamomile, ganti dengan beberapa helai saffron. Pastikan ori ye.
ARTIKEL BERKAITAN: 8 KEBAIKAN SAFFRON RAMAI TAK TAHU
Minum banyak air putih.
Elak minuman berais dan manis.
Pasang air humidifier.
Pastikan pakai pelitup muka dan sentiasa cuci tangan.
Jangan dok gatai nak cium anak anak kecil.
Terutama bayi sebab bayi golongan paling berisiko untuk dijangkiti.
Sekiranya tidak menunjukkan sebarang tanda sembuh.
Kena cepat cepat pergi ke hospital.
Boleh begitu?