Kenapa Kena Tunjuk Sayang Pada Anak? Ini Perkongsian Dr Rizal

Pernah dengar ayat ini

مَنْ لا يَرحم لا يُرحم (Man la yarham la yurham)

Ertinya:

Barang siapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi.

(HR. Muslim no. 2318)

Pada suatu hari Rasulullah SAW sedang duduk bersama sahabat.

Tiba-tiba datang cucu Baginda iaitu Hassan.

Lalu terus peluk dan cium Hassan.

Pada ketika itu.

Aqra’ bin Habis melihat perbuatan Baginda Rasulullah SAW mencium Hassan.

Lalu Aqra’ bin Habis berkata:

Sesungguhnya aku punyai sepuluh anak,

Tetapi aku tidak pernah cium satu pun dari mereka.

BACA: 9 ‘RAHSIA’ DR RIZAL UNTUK OTAK CANTIK OTAK CERDIK

Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya, barang siapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi.”

(HR.Muslim no. 2318)

Saya selalu juga dengar hadis ni. Hadis ni beri kesan pada jiwa saya.

Lebih terkesan lagi bila saya terbaca satu kajian.

Yang dibuat di Duke University di Pennsylvania.

Kajian ini ambil masa 35 tahun lamanya.

Dalam kajian ini, pengkaji mengkaji 500 pasangan ibu dan bayi berusia 8 bulan.

Pengkaji bahagikan ibu-ibu kepada 3 kumpulan.

Kumpulan pertama mesra dan belai anak.

Kumpulan kedua tunjukkan perbuatan negatif. Antara layan atau tidak anak.

Kumpulan ketiga over dan manjakan anak.

BACA: KASIH IBU BAWA KE SYURGA – INI PERKONGSIAN DR RIZAL

Setelah anak-anak ini cecah umur 36 tahun, mereka dihubungi semula.

Mereka dikehendaki jawab soalan berkaitan kestabilan emosi dan kesihatan mental mereka.

Serta hubungan dengan ibu mereka.

Apa yang menarik.

Anak anak dari kumpulan 2 dan 3 punyai masalah uruskan emosi.

Dan alami episod gangguan kesihatan mental.

Anak anak dari kumpulan 1, yang disayangi dan dihargai oleh ibu punyai tahap uruskan emosi dengan baik.

Mereka tidak catatkan rekod masalah kesihatan mental.

Lebih menarik lagi ialah lebih hargai dan sayangi ibu mereka berbanding 2 kumpulan lagi.

Apa yang boleh kita pelajari?

Sangat benar apa yang Baginda Rasul SAW sebut dan buat.

Apakata pandang wajah setiap anak yang kita anak, renung dalam diri.

Tanya pada diri kita ni masuk kumpulan yang mana?

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top