Selalu Tengking Anak? Tanganinya Dengan Menguasai Ilmu Otak

Cerita tahun lepas. Berbual dengan teman sepejabat. Walau satu jabatan berjumpa jarang. Maklumlah, masing-masing leka beraksi di daerah kesibukan.

Teman ini punya anak kembar. Ada bayi yang belum mencecah setahun. Suami isteri bekerja sepenuh masa.

Jaga anak kembar berbeza. Keperluan dan kehendak tidak sama. Peningnya dua kali ganda.

Asalnya bual biasa. Kemudian beralih kepada anak. Dia ceritakan masalah anak yang melanda.

Apabila bercakap sudah pandai berauta. Kuasa menipu mula menapak masuk.

Perbuatan “Ambil” barang dalam kedai dan sorok dalam baju berlaku berkali-kali. Tidur lewat itupun setelah “berperang.”

Ibu ayah mana tidak pening.

Teman ini beritahu dia gunakan kaedah PETIR. Kuasa jeritan, kilat sabung menyabung digunakan. Akibatnya diri sendiri letih.

Stres meningkat naik. Badan pun pasti mula membulat. Ya stres ada kaitan langsung dengan “menjadi jalur lebar”.

Dia tanya apa yang dia perlu buat?

Apabila dia sebut teknik PETIR, aku tersenyum. Aku pasti ramai yang guna teknik ini. Sejujurnya, cuba angkat siapa yang guna teknik ini.

Aku berkongsi tentang ILMU OTAK anak- anak. Apabila ilmu HARDWARE (OTAK) dan SOFTWARE digabungkan, ia hidangkan keajaiban.

Kuasa luarbiasanya terserlah. Apabila teman ini pulang ke rumah dan terus buat, malamnya DAMAI terus terasa. Lihat sendiri mesej beliau.

Anda Juga Mungkin Berminat

20 Mei – Hari Lebah Madu Sedunia

19 Tips Tentang Radang Usus Anda Kena Tahu

Dijuluki Sebagai ‘Ratu Sayur’ – Ini 9 Khasiat Kale

31 Makanan Bantu Tingkatkan Sel Darah Merah

Hari Lupus Sedunia – 10 Mei 2024

Berat Badan Berlebihan Dan Risiko Kanser

Scroll to Top