Pergi Seminar, Training, Workshop – Kenapa Masih Belum Berubah?

Hardware atau software?

Ramai yang berlumba-lumba mengikuti seminar, training, workshop dan coaching.

Tetapi bila pulang ke rumah, ofis dan sebagainya, ilmu yang dipelajari tidak teramalkan, lupa atau lebih buruk lagi tak masuk atau tinggal kekal di dalam kepala.

Kenapa ya? Adakah tuan-tuan dan puan-puan pernah mengalami fenomena seperti ini?

Ilmu yang dipelajari menarik, bagus dan sangat relevan dengan kehendak dan tuntutan kerja kita. Itu yang kita mahu sebenarnya. Terbangkit semangat dan motivasi kita.

Andainya kita analogikan ilmu tersebut sebagai software, kenapa software bagus yang kita bayar dengan harga yang tinggi ini tidak dapat kita pasakkan dalam otak kita.

Untuk mudah memahami kita analogikan otak kita sebagai hardware.

Timbul persoalan kenapa otak kita tidak dapat menguasai perkara-perkara yang sangat kita minati itu?

Soalan inilah juga yang ditujukan kepada saya oleh pelajar-pelajar saya.

“Kenapa software yang baik kita tak dapat install dalam hardware (otak) kita ya?” tanya salah seorang pelajar saya semalam.

Jawapan saya mudah.

Saya katakan “Bagaimana hardware dapat menerima software andai hardware itu rendah kapasiti dan kurang kelajuannya.” 

“Maksud Dr Rizal?” Beliau bertanya lagi.

“Begini…sekiranya otak kita yang hebat ini tidak kita jaga dengan baik jadi bagaimana ianya dapat berfungsi dengan baik. Jadi untuk jadikan otak kita baik dan hebat, kita perlu makan makanan yang sesuai dengan otak kita. Kita perlu makan brain-based food.”

“Cer citer sikit Dr,” soalan seterusnya dilontarkan kepada saya. “Hmm saya nak cerita ni panjang ni. Ok nanti bila ada masa yang panjang, saya sambung lagi. Nak pergi meeting ni,” balas saya.

“Citer sikit jer dulu Dr,” desak pelajar itu lagi.

“Ok, saya cerita sikit dulu,” jawab saya pantas.

 

p/s: Sudah dikongsi dalam kelas OCOC online.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top