Apa itu S.L.I.M MINDSET?
Ini ialah modul yang saya bentuk ketika saya bekerja di Canberra dulu.
Saya tubuhkan syarikat sendiri.
Nama diberi MyNeuroPsych Pty Ltd. Bertindak sebagai konsultan.
Pesakit yang datang apabila dikonsultasi.
Ada macam macam masalah emosi dan spiritual.
Manusia adalah makhluk sosial.
Sistem wiring otak manusia adalah sosial.
Manusia juga adalah makhluk spiritual.
Ada bahagian otak yang uruskan hal spiritual.
Letaknya di belakang kanan mata.
S.L.I.M MINDSET bukan fokus pada kuruskan tubuh.
Tapi fokus kepada:
S – Safe
Rasa selamat akan wujud apabila kita punya sokongan.
Ada yang sentiasa mendokong.
Rasa ada tempat boleh tuju di saat ujian datang bertalu.
Kalau perasan setiap hari kita dimomok dengan berita menakutkan.
Disumbat ke telinga pasal ancaman.
Ada cerita virus. Ada cerita politik. Ada cerita rumah kena ketuk bertubi tubi.
Manusia perlu rasa selamat.
Salah satu cara ialah tempat untuk meluah perasaan.
Manusia perlu tempat untuk bercerita.
Mahu rasa didengari. Mahu rasa dihargai.
Dalam Al-Quran, Allah gambarkan sebagai Hablum Minnas – hubungan sesama manusia.
Wujud hubungan sesama manusia.
Akan sebabkan hormon oxytocin, dopamin akan keluar untuk raikan tali ikatan ini.
L – Loved
Pastikan diri berada dalam lingkungan orang yang menyayangi.
Manusia mahu disayangi.
Manusia juga perlu menyayangi.
Tetapi ramai memandang ke lain dalam hal ini.
Lupa yang patut disayangi ialah diri sendiri dulu.
Bila takut sayang diri tak berlaku. Kutuk diri saja.
Bila sayang diri, sayang makhluk lain, disayangi baharu jiwa rasa penuh terisi.
Hidup berseorangan dekatkan manusia dengan depression.
Penyakit mental yang hurungi 2 dari 4 rakyat Malaysia.
I – Important
Fokus pada perkara penting.
Banyak manusia terperangkap dalam memikir hal remeh.
Asyik sibuk dengan hal orang.
Asyik mencari jelek dan salah orang.
Jauhi dari terpasung berkas ikatan pikiran kecil kemetot begini.
Antara hal penting ialah bagaimana mahu baiki diri.
Bagaimana mahu jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Semestinya esok pula lebih baik dari hari ini.
M – Motivated
“Keep your eyes on the prize”.
Fokus pada sasaran.
Ini mantera kata yang selalu saya guna.
Fokus pada apa yang mahu dicapai.
Rasai apa yang nak dicapai walaupun belum capai.
Ini mind conditioning yang bezakan mereka yang dah berjaya.
Dengan mereka yang terkapai kapai dalam hidup.
Lihat garisan penamat dihadapan.
Sentiasa cari jalan untuk sampai ke sana.
Ada banyak prizes di hadapan. Ada banyak garisan penamat.
The Ultimate Finishing Line ialah apabila kita dipanggil mengadap Sang Pencipta nanti.
Itu yang terpenting. Belajar sesuatu?
ARTIKEL TERBARU MINGGU INI!
14 NUTRIEN PENTING DALAM LADA BENGGALA