6 Rahsia Hidup Sihat Dengan S.H.I.E.L.D🛡️

Nak hidup sihat kena ada teknik.

Perlu rangka strategi kalau ingin menua dengan sihat.

Ingin lindungi memori dan skil berfikir.

Ini rahsia mereka yang amalkan hidup sihat.

Yang masuk series 70an bebas penyakit 3 serangkai.

Yang menua dengan begitu elegan sekali.

Ikuti teknik 🛡️S.H.I.E.L.D🛡️ yang dibentuk Dr. Rudolph Tanzi:

.

.

.

S – Sleep 7 to 8 Hours

Sesibuk manapun aktiviti harian kita.

Pastikan kita tidur cukup 7-8 jam.

Tak kurang tak lebih. Kenapa tidur ni penting?

Masa kita tidur, tubuh kita sibuk baiki kerosakan dalaman.

Hormon kortisol atau hormon stres menurun apabila kita tidur.

Jangan kecilkan tidur. Ia keperluan. Bukan kehendak.

Ketahui lebih lanjut:

5 CARA OTAK PULIHKAN TUBUH BADAN

H – Handle Stress

Kajian dari Jepun.

Dimuatkan di Journal of Japanese Medical Association.

Kajian tentang stres dan kanser.

Penyelidik dapati stres boleh sebabkan kanser.

Lebih buruk lagi apabila ada emosi negatif.

Kesannya 5 kali ganda lebih tinggi untuk sebarkan sel kanser!

Stres sedikit tidak mudarat.

Apabila dibiar bisa bikin melarat.

Fikiran negatif muncul sekali sekala tidak bahaya.

Tetapi apabila hidup dengan emosi negatif sebagai sistem operasi.

Ia undang derita, bahaya dan malapetaka.

Strok puncanya di OTAK.

Kajian dapati mereka yang berjalan setiap hari selama 30 minit.

Boleh rendahkan risiko strok antara 20-40%.

Ketahui lebih lanjut:

PERBEZAAN STRES BAIK & STRES JAHAT

 

I – Interaction EveryDay

Tak salah untuk kita ada kita punya ‘me time.’

Tapi kalau kebanyakan masa.

Kita suka duduk sendiri. Tak mahu bergaul dengan orang.

Yang ni bahaya. Kesan pada OTAK.

Risiko kena dementia dan Alzheimer lebih tinggi.

Memencilkan diri buat masa lama.

Boleh bikin padah pada diri sendiri tanpa disedari.

Selera makan junkfood menggunung.

Jadikan kita hostile & pesimis.

Kecilkan amygdala – bahagian emosi & rasa trust terhadap orang lain.

Penghasilan oxytocin – hormon untuk attachment & bonding juga lebih sedikit.

Kadar protein dalam otak bernama BDNF menurun.

Bila menurun, juga beri kesan pada dentate gyrus.

Kecutkan dentate gyrus sebanyak 7%.

Bahagian bekalkan maklumat ke hippocampus untuk memori & learning.

Ketahui lebih lanjut:

KENALI DIGITAL DEMENTIA – PENYAKIT ABAD 21

E – Exercise Regularly

Bersenam lahirkan hormon penting OTAK – S.E.E.D:

S : Serotonin – penting untuk belajar. 

Bantu memori jangka pendek.

Pengaruh serotonin besar pada hidup manusia.

Kurang serotonin boleh jadi depressed.

Serotonin tempat asalnya di otak.

Tapi ada 400 juta serotonin dalam usus.

Aktiviti senaman stabilkan serotonin antara otak dan usus.

E : Endorphine – hormon ‘happy’. 

Mood jadi baik. Kita suka. Orang lain pun suka.

Endorphine adalah morfin semulajadi. Hilangkan rasa sakit.  

Mampukan manusia ukir senyum di saat penat dan lelah.

Eksklusifnya endorphin ini keluar pada waktu tertentu.

Salah satunya ialah melalui senaman.

Menariknya senaman ini tidak perlu senaman hardcore.

Senaman ringan sekadar berjalan kaki sudah beri impak hebat ini.

E : Epinephrine – fokus dan memory jangka panjang. 

Juga dikenali sebagai hormon adrenalin.

Adrenalin akan dirembeskan ke pembuluh darah.

Apabila masuk ke darah, degupan jantung meningkat.

Otot jadi kuat dan pembakaran gula lebih baik.

D : Dopamin – bantu bentuk memori baharu. 

Penting untuk tidur, pergerakan, tingkahlaku dan pola fikir, dan baguskan mood.

Kurang dopamin undang bahaya.

Penyakit parkinson adalah satu satu darinya.

Berlaku apabila otak tidak lagi keluarkan dopamin.

Masalah ketagihan dadah juga berpunya dari dopamin.

Dadah sebabkan dopamin kurang dikeluarkan.

Rosakkan reseptor di bahagian otak yang keluarkan dopamin.

Ketahui selanjutnya 3 FORMULA TURUNKAN BERAT

L – Learn Something New

Bila kita sentiasa belajar sesuatu yang baru.

Proses sinapsis atau hubungan baru sel otak akan sentiasa dihasilkan.

Tak semestinya kena belajar benda berat.

Belajar resepi baru. Belajar kelas online. Mendengar podcast.

Pastikan hobi anda sentiasa bertukar tukar.

 

D – Diet Intake

Dr Tanzi juga tekankan bab pemakanan.

ELAK makanan tinggi gula, garam terutama makanan berproses.

Baca APA JADI BILA CUT GULA PUTIH?

Mi segera, keropok cheese, air boba.

Jajan bergoreng dan berminyak serta disaluti perisa.

Ini antara makanan yang menyebabkan RADANG dalam tubuh.

Selari dengan peningkatan umur.

Kurangkan sumber karbohidrat terutamanya.

Baca APA JADI KALAU CUT DOWN KARBO?

Lebihkan sumber fiber termasuk sayur, buah serta bijian kacang.

Ambil real food berbanding fast/junk food.

Anda Juga Mungkin Berminat

Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Scroll to Top
0