Storytelling & Otak

5 hari 4 malam bermukim di Janda Baik. Berguru dengan Dato’ Roslan Ab Hamid. Mengutip ilmu. Tajuknya Public Speaking Mastery – The Power of Story Telling.

Storytelling adalah cerita. Seni dalam bercerita. Takat dan bersukat dalam cerita.

Storytelling adalah resepi menyentuh hati. Resepi menelusuri naluri manusiawi. Resepi interaksi.

Apa perlu belajar Storytelling? Perlukah?

Jawapannya, Ya. Ia teknologi interaksi. Di Amerika Syarikat ianya sudah lama diaplikasi.

Steve Job, Bill Gates dan Jack Ma antara contoh pengguna Storytelling. Charles Bronson menggunakannya dengan pekerjanya.

Orang berjaya menjadikan Storytelling sebagai senjata.

Storytelling merangsang lebih banyak bahagian otak berbanding dengan pembentangan data, persembahan analitikal dan rasional.

Antara bahagian otak yang terangsang ialah:

1. Sensory Cortex dan Cerebellum: keduanya dikaitkan dengan tekstur (contohnya apabila memegang untuk merasa lembutnya kain) dan sensasi (contohnya apabila kaki menjadi kebas apabila duduk terlalu lama).

2. Motor Cortex: Apabila ada yang menulis “Saya berlari pantas apabila dikejar anjing,” bahagian inilah yang akan menjadi aktif.

Ia adalah bahagian berkenaan dengan pergerakan.

3. Olfactory Cortex: Bahagian ini selalu terangsang apabila bau atau memori berkaitan bau dibicarakan.

Andai yang menjual minyak wangi menggambarkan bau minyak wanginya selembut dan seakan bunga mawar, maka bahagian inilah yang menyala-nyala.

4. Visual Cortex: Ianya dikaitkan dengan warna dan rupa bentuk. Andai disebut manusia ada 6 jenis rupa bentuk yang berbeza.

Bahagian inilah yang mencongak cuba membeza-beza.

5. Auditory Cortex: Kerjanya mengenalpasti bunyi. Apabila penulis merakamkan perkataan ‘berdesing telingaku’ maka bahagian inilah sibuk menganalisa jenis bunyi dan sebagainya.

Storytelling adalah sesuatu yang mudah ditangkap oleh otak. Merangsang otak sang pembicara dan si pendengar pada bahagian yang sama.

Kata orang psikologi, terbinalah rapport atau kebersamaan.

Apabila ada kebersamaan, banyak perkara jadi mudah. Banyak isu difahami. Banyak cerita dirasai.

Storytelling ilmu yang WAJIB dipelajari. Sesiapa sahaja. Orang bisnes termasuk juga.

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Hari OKU Sedunia: 6 Tokoh OKU Berjaya Ramai Tak Tahu

Ini PERBEZAAN Diet Di Malaysia & Vietnam!

Scroll to Top