Suka Bertangguh & Otak

Ramai orang ada isu ini.

“Nanti dulu lah. Esoklah buat. Banyak lagi masa ni”.

Ini antara kata-kata yang acap kita dengar.

Mungkin kita juga adalah penuturnya. Bayangkan apabila kitalah penutur tegar kata-kata di atas.

“Saya ada banyak assignment. Tapi malas nak buat lagi. Selalu tunggu last minute. Lepas tu kalut,” ucap Syah apabila muncul di bilik petang tadi.

“Dulu saya ok jer. Rajin. Dapat benda terus buat. Sekarang ni asyik nak relaks jer,” tambah Syah lagi. Belum bersisa lagi idea di kotak fikirnya.

“Kenapa jadi begini ya. Cer doctor cerita sikit. Nanti malam buatlah entri.”

“Mesti ramai yang suka dan akan share. Ini isu sejagat doctor,” sambung Syah lagi cuba memancing saya untuk bercerita.

Syah bersandar sambil tersenyum.

Barangkali fikirnya saya sudah termakan umpan. Saya sudah terjerat.

“Syah, hari ini sahaja dah tiga orang dating mengadu perkara yang sama. Musim kena present Projek Tahun Akhir dan banyak tugasan perlu hantar. Perkara malas dan bertangguh akan datang balik.”

Ujar saya cuba hilangkan kuntuman senyum yang terukir di wajah Syah.

“Oh ye ke doctor? Kan betul macam saya kata lagi. Isu sejagat ni. Ceritalah sikit.”

Syah teruskan agenda pujuknya.

“Oklah Syah. Sekejap jer saya terangkan. Ada kes nak kena pergi lihat. Kes kelas tangan.”

Jawab saya ringkas.

“Ok doctor. Kejap jer.” Syah terus mendesak.

“Baik Syah. Malas dan bertangguh libatkan dua bahagian otak. Satu Prefrontal Cortex (PFC). Duduk belakang dahi kita. Satu lagi ialah Limbik.

Tugas limbic ialah larikan kita dari kerja-kerja yang tak beri seronok.

Limbik mahu keseronokan segera.

Buat kerja pasangannya ialah SAKIT. TAK SELESA. LETIH.

Limbik pantang dengar, lihat atau rasa benda-benda begini.

Jadi limbik akan pujuk, “Rilek Der. Banyak masa lagi ni.”

Apabila ada bunyi bahasa seperti ini, maknanya limbik sedang berpesta.

Cara nak tangani ialah aktifkan PFC kita.

Apabila kita sebut “Cuba fikir. Syah fikir betul betul Syah, itu bahasa PFC.

Apabila PFC berbahasa, “Aku kena duduk dan siapkan sekarang,”

Limbik diam seribu bahasa.

Limbik akan mengalah.

Limbik akan muncul semula apabila kita masuk ke dunia bawah sedar atau subconscious.

Perlu aktifkan minda sedar atau conscious mind kalau mahu berjaya dalam pertarungan ini.

“Oh, begitu ya doctor,” soal Syah dengan mulut sedikit terlopong.
.
“Ya Syah. Tutup mulut tu sikit. Saya nak kena pergi dah. Lain waktu sembang lagi.”

Ujar saya sambil menunjukkan pintu pada Syah.

 

Prof Piers Steel dari University of Calgary cadangkan 7 cara atasi sikap bertangguh ini.

1) Buat kerja yang sukar dahulu.

Rasionalnya ialah kita lebih bertenaga dan bersemangat pada awalnya.

Ambil peluang dengan semangat yang ada.

2) Semak tugasan yang patut dilakukan pada pukul berapa.

Buat strategi baharu apabila tiada perubahan pada tugasan.

3) Pecahkan tugas besar kepada tugas-tugas kecil.

Apabila dikecilkan, ianya jadi mudah.

4) Lakukan terus tanpa nanti dan tunggu.

Apabila terima tugasan atau mahu lakukan kerja siapkan bahan-bahan keperluan.

Susun dan atur agar dapat dilihat.

5) Ingatkan diri secara berterusan kesan buruk tangguhkan kerja.

Fokus kepada kesakitan. Fokus pada impak negatif.

Terutamanya pada kredibiliti diri sendiri.

6) Kenal pasti kos finansial yang terpaksa ditanggun sekiranya lewat.

Atau keuntungan finansial apabila disiapkan kerja awal atau pada waktu yang ditetapkan.

7) Reward diri sendiri.

Jumlah atau cara reward bergantung pada kehendak sendiri.

Sekiranya material adalah pengikat utama maka gunakan unsur material sebagai reward.

Sekiranya pujian lebih penting maka maklumkan pada teman atau keluarga untuk beri pujian membina.

Moga ada manfaat.

Saya tidak beritahu sebelum ini bahawa orang yang suka dengan sesuatu posting mereka dengan bangganya akan SHARE.

Silalah.

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top