Kalau perasan dekat farmasi,
Suplemen vitamin D3 mesti dia gabung sekali dengan vitamin K2.
Nama lain bagi D3 – cholecalciferol.
Kalau K2 guna nama MK-7. Agak agak kenapa ye?
Fungsi vitamin D3 dan vitamin K2 untuk pastikan Calcium diserap dengan berkesan
Kalau Calcium saja, tubuh tak dapat serap.
Perlukan bantuan deme ni. Vitamin D ada dalam telur, ikan, keju serta cahaya matahari.
Tugas vitamin D3 untuk serap Calcium.
Manakala vitamin K2 tugasnya agihkan di mana Calcium akan digunakan.
Barulah dapat dibekalkan untuk bina jisim tulang, gigi kuat.
Berupaya cegah risiko Arterial Calcification –
Pengerasan dinding salur darah akibat terbentuk plak plak terutama organ jantung
K2 juga bantu ikat Calcium berlebihan supaya tak melekat pada dinding salur darah.
Jika melekat, arteri menyempit dan kurang lentur.
Kesannya?
Aliran darah lancar dapat ditingkatkan. Galakkan penggumpalan darah normal.
K2 ada dalam makanan fermented seperti natto, jeruk, tempe.
Organ haiwan seperti beef liver, kekacang dan brokoli.
Dua vitamin ini sangat penting untuk jantung, tulang dan OTAK.
Cegah kemerosotan fungsi kognitif. Galakkan penuaan sihat
Vitamin D3K2 mulai dapat perhatian untuk tangani risiko kesan COVID-19.
Kajian dalam International Journal of Infectious Diseases (2020):
Pengambilan suplemen D3K2 dikaitkan dengan potensi tahap mortaliti (kematian) lebih rendah
Terutama bagi penyakit berjangkit seperti cik Vid.
*Sila rujuk pakar untuk sebarang pengambilan suplemen
*Artikel ini sekadar perkongsian sahaja
BACA ARTIKEL SETERUSNYA: