You missed out!
Sebagai seorang yang kaji pasal hubungan otak.
Dengan nutrisi dari pemakanan yang diambil.
Ramai tanya saya bagaimana cara paling senang untuk jaga brain health
Otak ni tak ada spare part.
Kalau mati otak, maka tiada fungsinya lagi, ibarat mayat hidup.
Kalau rosak otak.
Tempiasnya kena pada kualiti hidup kita.
Perasaan kita pada waktu sekarang. Apa yang tubuh kita rasa.
Ini semua datangnya dari otak.
Jauh atau dekat kita dengan penyakit juga bergantung pada tahap kesihatan otak
Kalau lentik otaknya, maka cantiklah bentuknya.
Kalau pagi pagi muka dah tarik muka. Muka masam. Tak boleh tegur sikit.
Ini tanda ada sesuatu tak kena dengan otak.
Ramai mungkin masih samar samar.
Tak berapa fokus jaga sebab rasa masih muda. Masih sihat.
Apa yang kita fikir. Yang kita makan.
Ia beri kesan langsung terhadap cara otak berfungsi.
Otak organ paling utama sekali. Pusat utama. CEO bagi kerajaan tubuh ialah otak.
Wajib dijaga sebaiknya. Macam mana caranya?
1. Ambil sumber HEALTHY FATS
Seperti avocado, extra virgin olive oil, ikan, MCT oil.
2. Ambil sumber PROTEIN
Seperti kekacang, legum, ikan, telur.
Hilang otot dikaitkan dengan penuaan awal otak.
3. Ambil sumber FIBRE dari buah dan sayur
70% portion dalam pinggan mesti kena ada bayam, kale, ulam, blueberi, ceri, anggur.
4. Nak elak otak kena racun, jauhi GULA TAMBAHAN
Seperti high fructose corn syrup, sucralose. Pengawet, trans fat, saturated fat.
5. BERSENAM tiga ke empat kali seminggu
Amalkan gaya hidup aktif seperti banyakkan stretching, berjalan, berbasikal.
6. Amalkan MINDFUL EATING
Makan secara perlahan. Kunyah biar lumat baru telan.
Lepas makan, tunggu 10-15 minit sebelum minum air.
7. INCANTATION
Mulakan dengan ‘Hari ini saya produktif, hari ini saya…., hari ini saya…’
Buat setiap pagi sebelum mulakan kerja.
Ini cara saya ekspresikan rasa sayang terhadap otak.
Anda pula bagaimana?