Tabiat Pagi & Otak

11 May 2016. Dua hari ini sibuk dengan Hari Kerjaya – Innovation, Career & Education Fair 2016 (ICE2016). Satu hari dah berlalu. Esok satu hari lagi.

Dalam kesibukan disapa seorang pelajar.

Soalannya ringkas. “Doktor datang kerja seawal 6:20 pagi. Pulang pula akhir. Kadang-kadang jam 10 pun masih di pejabat. Nampak bertenaga jer.”

“Ye ke?” soal saya semula. “Betul. Saya nampak doctor masih bertenaga. Bagilah tips sikit untuk pelajar macam saya.” Pinta pelajar tersebut.

“Ok. Saya cerita apa tabiat pagi saya. Kalau boleh ikut bagus.” Terang saya pada pelajar.

Ada LIMA perkara yang saya selalu buat diwaktu pagi:

1. Bangun awal. Untuk bangun awal kena tidur awal. Otak akan di’recharge” secara otomatik. Kita lebih bertenaga. Ikut kajian kita akan ada sikap yang positif.

2. Buat pernafasan yang betul. Caranya tarik nafas menggunakan hidung sebanyak 5 saat atau kiraan 5. Pastikan perut kita mengembung. Tahan selama 2 saat. Lepaskan nafas melalui mulut pada kiraan 8. (5-2-8)

3. Berzikir di awal pagi. Berzikir memindahkan aktiviti otak dari bahagian kanan frontal cortex (letaknya di belakang dahi kita) ke bahagian kiri. Bahagian kanan Frontal Cortex adalah tempat letaknya stress atau tekanan. Bahagian kiri letaknya rasa tenang dan santai.


4. Sedikit senaman. Walaupun senaman ringan ia mampu meningkatkan hormone serotonin dan endorphin. Kedua-dua memberi mood yang baik kepada kita. Tak perlu lagi minum kopi atau teh tarik lagi.

5. Makan sarapan yang berkhasiat kepada otak. Sarapan sihat semudah mengambil roti wholemeal, telur dan sedikit buah-buahan. Orang yang tidak mengambil sarapan lebih terdedah kepada mendapat kolesterol tinggi.

“Macam mana? Boleh ikut?” soal saya. “Insyaa Allah doktor. Saya cuba.” Jawab pelajar tersebut ringkas.

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Scroll to Top