Elakkan Tabiat Suka ‘Letupkan’ Jari (Knuckle Cracking)

Ada orang masa sedang regangkan tubuh.

Ada keluar bunyi ‘kruk krak krik…’

Bahasa sains, ia dipanggil ‘crepitus’.

Selalu berlaku ketika sedang meluruskan sendi. Masa nak rukuk solat.

Yang suka patah patahkan jari.

Lagi padu, buat neck-cracking. Nasib tak tercabut kepala.

Persoalannya, elok ke buat macam ni?

Secara am, bunyi tersebut ialah normal dan tak berbahaya.

Ia boleh berlaku secara alami contoh ketika berjalan atau membongkok.

Tapi, tak elok kalau dibuat dan dipaksa secara kerap.

Lepas dah bunyi ‘kruk krak krik’ tu memang rasa lega semacam.

Perbuatan ni akan ‘trick’ otak untuk buat kita percaya.

Bahawa ia boleh melegakan lenguh lenguh padahal tak.

Lama lama kita jadi ketagih. Dalam sehari tu berkali kali buat.

Boleh datangkan risiko kecederaan pada tendon, ligamen dan tulang rawan pada sendi.

Bila makin berumur, lagi cepat masalah radang sendi berlaku.

Sendi terdedah pada rasa sakit dan ngilu.

Jadi, kalau mampu elakkan amalan ‘letup letupkan’ jari dan kepala.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Elakkan Tabiat Suka ‘Letupkan’ Jari (Knuckle Cracking)

6 Tips Ini Bantu Perlahankan Nyanyuk (Alzheimer’s)

Scroll to Top