Apabila sebut tentang strok, ramai membayangkan seseorang rebah tiba tiba, mulut herot atau tidak boleh bercakap. Hakikatnya, tidak semua strok datang dengan tanda dramatik. Ada jenis strok yang berlaku dalam diam tanpa sakit ketara, dikenali sebagai strok senyap (silent stroke).
Strok senyap mungkin tidak menunjukkan simptom jelas, tetapi kerosakannya tetap berlaku dalam otak. Kajian menunjukkan, 1 daripada 10 orang dewasa tanpa sejarah strok sebenarnya sudah mempunyai kesan strok senyap pada imbasan MRI mereka.
Â
7 Tanda Awal Strok Senyap
Â
1. Penglihatan Kabur Tiba Tiba
Pandangan jadi kabur atau berganda secara mendadak, walaupun mata tidak mempunyai masalah serius. Ramai anggap ia sekadar mata letih, tetapi ia boleh berpunca daripada gangguan saraf penglihatan dalam otak.
Â
2. Hilang Keseimbangan Badan
Rasa terhuyung huyang atau susah berdiri stabil, walaupun tidak pening. Ini berlaku kerana bahagian otak yang mengawal keseimbangan mungkin terjejas.
Â
3. Kekeliruan Mendadak
Lupa arah jalan, lupa nama orang terdekat atau tidak mampu mengingat maklumat mudah. Ini bukan sekadar pelupa biasa, sebaliknya tanda otak mengalami gangguan memori.
Â
4. Ucapan Menjadi Tergagap
Percakapan tiba tiba jadi tergagap atau lidah berbelit. Kadang kadang ia berlaku sekejap sahaja, tetapi itu sudah cukup untuk jadi petanda strok senyap.
Â
5. Rasa Kebas atau Lemah
Kebas ringan pada tangan, kaki atau muka terutama di sebelah badan. Ramai mengabaikannya kerana menyangka ia akibat salah posisi tidur atau urat tegang.
Â
6. Mood Tidak Stabil
Mudah marah, cepat murung atau berasa fikiran lambat. Ini mungkin tanda bahagian otak yang mengawal emosi telah terjejas oleh strok senyap.
Â
7. Letih Melampau atau Hampir Pitam
Tiba tiba terasa sangat letih, lemah atau hampir pengsan tanpa sebab fizikal yang jelas.
Â
Bahaya Strok Senyap
Strok senyap nampak tidak berbahaya, tetapi kesannya serius:
-
Menjejaskan memori dan tumpuan.
-
Mengganggu keseimbangan badan.
-
Menggandakan risiko strok besar pada masa depan.
-
Meningkatkan risiko dementia vaskular (nyanyuk akibat kerosakan salur darah otak).
Â
Cara Mencegah Strok Senyap
-
Kawal tekanan darah, gula dan kolesterol.
-
Amalkan pemakanan seimbang kaya serat dan rendah lemak tepu.
-
Bersenam sekurang kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu.
-
Elakkan merokok dan pengambilan alkohol berlebihan.
-
Tidur yang cukup dan berkualiti.
-
Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala, terutamanya bagi yang mempunyai faktor risiko.
Â
Kesimpulan
7 tanda awal strok senyap ini jangan dipandang ringan. Walaupun kelihatan kecil, ia boleh menjadi petanda otak sedang mengalami kerosakan halus. Langkah terbaik adalah melakukan pemeriksaan kesihatan seawal mungkin dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat. Jangan tunggu sehingga terlambat.