10 Pantang Larang Bagi Penghidap Tekanan Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi (hypertension) jangan dibuat main main.

Ia masuk kategori penyakit kronik ye.

Boleh dianggarkan seramai 7 juta rakyat Malaysia ada penyakit ini.

Tak masuk lagi dengan mereka yang TAK TAHU pun mereka ada penyakit darah tinggi.

Kenapa ia bahaya?

Sebab penghidapnya tiada gejala atau simptom ketara/khusus.

Tekanan darah tinggi akibatkan organ penting.

Seperti jantung, otak dan buah pinggan terdedah pada tekanan tinggi.

Ia akibatkan salur darah menyempit.

Risiko tinggi terkena strok, gagal buah pinggang dan heart attack.

Faktor risiko boleh dibahagi kepada DUA:

FAKTOR TAK BOLEH UBAH

  • Genetik/keturunan
  • Jantina (lelaki lebih berisiko)
  • Peningkatan umur

FAKTOR BOLEH DIUBAH

  • Obesiti
  • Diabetes
  • Merokok
  • Kolesterol tinggi
  • Gaya hidup sedenteri
  • Stress

ARTIKEL BERKAIT:

9.6 JUTA RAKYAT MALAYSIA HIDAP KOLESTEROL TINGGI – APA PUNCANYA?

Jadi? Macam mana nak elak dari terkena?

  1. Elakkan air tinggi kafein seperti kopi.
  2. Banyakkan bergerak seperti brisk walking.
  3. Jauhi makanan tinggi garam (jeruk, ikan kering, pekasam).
  4. Singkirkan perut buncit dengan diet sihat.
  5. Elak makanan sejuk beku & tin.
  6. Jauhi musuh utama iaitu rokok/asap rokok.
  7. Belajar cara kawal tension/stres.
  8. Jangan tidur lewat (ganggu hormon).
  9. Kurangkan berat berlebihan.
  10. Buat checkup secara berkala.

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

5 Aktiviti Harian Turunkan Risiko Sakit Jantung

7 Nutrien Badan Anda Perlu Selepas Usia 30 Tahun

10 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Jantung Dan Otak

8 Aktiviti Riadah Sihat Untuk Sekeluarga

9 Minuman Sihat Untuk Otak Kekal Cergas Dan Tajam

7 Khasiat Oat Untuk Jantung Lebih Sihat!

Scroll to Top