Teknik NLP Bantu Z Berhenti Merokok

Petang Isnin 20 November 2017. Saya sedang membaca. “Tuk tuk” terdengar pintu di ketuk.

Di luar Z sudah berdiri. Senyum. “Nak jumpa boleh?” Ringkas soalan beliau.

Saya persilakan dia masuk. “Apa cerita?” Saya mulakan bicara.

“Gini doktor. Saya nak berhenti rokok. Dah lama sangat hisap. Dari sekolah lagi,” kata beliau dalam loghat Terengganunya.

“Boleh. Tapi kena datang ke kelas saya Isnin depan. Biar pelajar lain lihat sama. Datang jam 11:30.”

Saya beritahu di mana kelas.

27hb sekitar jam 11:30 saya terlihat sudah berada di belakang. Saya panggil beliau ke depan.

Ketika itu kelas behavioural neuroscience aka biological psychology aka physiological psychology.

Pelajar lain agak teruja. Mahu lihat sendiri bagaimana pendekatan hentikan orang merokok.

Saya minta duduk di sebelah saya. Kerusi disediakan. Pelajar lain diminta rapat ke depan. Mudah untuk dengar dan perhati.

Saya letakkan Z dalam keadaan tenang. Minta beliau tarik nafas dan lepas nafas. Matanya dipejam.

Dalam masa 15 minit saya cuba buat neuro associative conditioning. Cuba rewire the brain.

Teknik yang diguna mudah. Namanya Chocolate Godiva. Ya ada kisahnya tersendiri kenapa namanya begitu.

Selepas selasai, saya minta Z buka mata. Minta beliau berikan rokok yang dibawa. Saya sudah pesan awal untuk beliau bawa.

Beliau bangun dan dapatkan beg sandang. Z keluarkan rokok dari beg. Dia beri pada saya.

Saya ambil. Buka kotak. Keluarkan sebatang.

Saya tunjukkan pada Z. Dengan pantas dia tunjukkan reaksi mahu muntah. “Wek, wek” terdengar dia bersuara.

Lihat rokok pun dia tidak mampu pada saat itu. Apatah lagi bau. Loya meraja lela.

Bermula dari 27 November 2017 hingga sekarang Z tidak lagi merokok. Bukan sekadar itu. Lihat orang merokok pun tidak betah duduk jadinya. Loya lagi.

Dulu merokok hadirkan inspirasi. Tanda tenang menjelma. Punca nikmat kunjung tiba.

Kini tidak lagi. Ditukar. Otak sudah di rewire.

Teknik Chocolate Godiva adalah contoh modifikasi dari classical conditioning yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov. Dicampur dengan dapatan kajian neurosains. Pinjam pula teknik dari neuro associative conditioning.

Yang datang belajar NLP nanti akan belajar teknik ini. Bukan untuk rokok sahaja. Untuk perkara lain juga. Termasuk tidak mampu makan sayur, ketagih porno atau mahu hilangkan tabiat buruk lain.

Kalau dulu saya gunakan Cognitive Behavioural Therapy atau CBT untuk kes kes begini. Lebih dari 20 sesi terapi perlu dibuat. Yang merokok masih tetap merokok.

Dengan Chocolate Godiva, 15-20 minit selesai. Bayangkan berapa banyak masa dijimatkan. Berapa banyak pula wang terselamat.

Dalam kursus NLP ini bukan Chocolate Godiva sahaja yang ada. Teknik lain untuk lupakan kisah silam yang menjeruk rasa pun ada. Untuk trauma dan fobia juga ada tekniknya.

Kalau berminat ubah diri, ada skil baharu, bantu orang lain boleh daftar di neuroversiti.com/nlp. Seat terhad. Setahun sekali sahaja dibuat.

Daftar sekarang! Semudah layari:

neuroversiti.com/nlp

Jumpa nanti ya.

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top