Tidur – Apa Yang Kita Wajib Tahu

Tidur bukan sekadar tutup mata. Bukan tanda lemah.

Tidak juga petunjuk kita ini malas.

Kurang atau tidak cukup beri impak negatif pada tubuh. Kurang tidur hadirkan stres.

Ini kajian dari University of Surrey di UK.

Kurang tidur sebabkan lambakan hormon stres iaitu kortisol esok hari.

Kortisol ganggu lebih dari 600 genes. Kortisol juga tingkatkan aktiviti genes yang dikaitkan dengan inflamasi.

Apabila inflamasi berlaku, kadar kolagen dalam tubuh menurun.

Beri kesan pada anjal kulit. Kedutan menyerlah. Garis-garis halus menebal.

Tidur juga adalah proses otak dibersihkan dari toksid.

Ini adalah sistem semulajadi yang Allah ciptakan.

Sepanjang hari digunakan, otak umpama pinggan yang tidak dibasuh.

Dibiarkan di dalam sinki sepanjang hari.

Tukang cuci hanya datang mencuci pada waktu malam.

Pinggan bersih kembali untuk diguna esok hari.

Bayangkan andai pinggan-pinggan dibiar sahaja di dalam sinki. Tanpa dibasuh. Tidak dicuci.

Midsection of woman washing utensil at kitchen sink

Otak perlukan masa untuk proses cuci ini.

Lagi kurang kita tidur lagi kurang cucian dilakukan.

Lebih banyak bahagian otak kotor ditinggalkan tanpa dicuci.

Soalnya berapa lama otak perlukan masa untuk kerja cuci ini?

Untuk orang dewasa antara 7-8 jam. Pelajar perlukan 9 jam. Kanak-kanak 10 jam.

Saya tertanya-tanya mahukah kita biarkan diri kita dan anak-anak makan dalam pinggan kotor setiap hari?

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)

9 Kebaikan Minum Teh Oolong Untuk Kesihatan

Ini 6 Alternatif TERBAIK Gantikan Susu Lembu!

Ini 10 Kebaikan Anda Dapat Jika Minum Almond Milk

19 Kebaikan Oren Navel Ramai Tak Tahu

8 Kebaikan Kiwi Merah (Red Kiwi) Selain Manis Leting!

Scroll to Top