Tidur & Mimpi – Yang Mana Lebih Penting?

Antara tidur dan mimpi yang mana penting?

Mungkin ada yang tertanya-tanya. Ajaibnya keduanya penting.

Banyak bicara tentang tidur.

Kurang diskusi tentang mimpi.

Walau berlaku pada fasa yang sama. Mimpi kurang diperhati.

Berguru dengan Prof Robert Stickgold dari Harvard Medical School beri gambaran beza tentang mimpi.

Ia suatu yang mesti.

Mimpi adalah ubat mujarab semulajadi untuk kemurungan.

Pendapat ini juga disokong oleh Prof Rubin Naiman dari Arizona Center for Integrative Medicine di University of Arizona.

Jangan takut bermimpi. Mimpi beri rasa.

Debar, takut dan gembira silih berganti.

Mimpi beri suara. Beri wajah, warna dan gambar.

Ia seperti filem. Ia percuma. Kita penontonnya. Satu satunya penonton.

Apabila kita tidak ingat tentang mimpi, itu tidak bermakna kita tidak bermimpi.

Mimpi tetap berlaku. Ingat atau tidak itu perkara lain.

Mimpi ialah fasa menghimpun dan memproses maklumat yang ada elemen emosi.

Maklumat analitikal tidak masuk dalam mimpi.

Asal ada emosi dikaitkan, ia akan masuk dalam senarai mimpi kita.

Kalau mimpi penting kenapa tak ingat mimpi?

Mungkin terpacul soalan ini di hujung benak kita.

Apabila tidur kurang dari 8 jam, mimpi kurang.

Maklumat tidak sempurna diproses. Emosi tergantung.

Bawa kepada keesokan harinya.

Apabila hari kita ditutup dengan duka. Ditutup dengan marah.

Ditutup dengan benci, emosi itu akan dibawa keesokkan harinya.

Mangsanya siapa?

Orang yang kita sayang yang berada dekat dengan kita.

Merekalah akan menjadi mangsa mulut ‘puaka’ kita.

Jadi macam mana nak buat?

Jawapannya ialah TIDUR. Dapatkan mimpi.

Tidur untuk otak. Tidur untuk tubuh.

Ia untuk BAHAGIA.

Anda Juga Mungkin Berminat

11 Makanan Untuk Kesihatan Organ Dalam Tubuh Badan

11 Kebaikan Kulit Kayu Manis

8 Teh Baik Untuk Anxiety & Kesihatan Mental

10 Makanan Melawan Parasit Dalam Tubuh Secara Semula Jadi

20 Nutrisi Labu Yang Memberi Manfaat Pada Tubuh

Pisang Hijau atau Pisang Ranum: Perbezaan Nutrisi & Manfaat

Scroll to Top