3 Kebaikan Jika Gemar Tidur Selepas Sahur

Nanti masuk bulan Ramadan, mesti akan bangun untuk bersahur.

Ya lah nak ‘isi minyak’ siap siap

Sebab perjalanan nanti ambil masa 13 -14 jam tanpa stop

Bermula dari terbitnya matahari sehingga terbenamnya matahari.

Siapa dekat sini kaki tidur lepas sahur?

Nak tahu tak apa jadi kalau lepas bersahur tu anda tidur?

 

DEHYDRATION

Tidur lepas sahur antara penyebab ‘dehydration’.

Tubuh tak dapat cukup air untuk berfungsi. Sebabnya?

Air yang diambil sewaktu sahur tadi tidak diserap tetapi dibawa ke pundi kencing apabila tidur

Sebab tu bila bangun je, kering semacam tekak.

Cepat letih. Kurang bertenaga, lesu. Kadangkala nampak bintang.

Tambah lagi sekarang musim kemarau.

BACA ELAK DEHIDRASI DI BULAN PUASA DENGAN 5 MAKANAN INI

 

INDIGESTION

Makanan yang dimakan tak diproses seperti sepatutnya.

Sisa jadi toksid. Nutrisi tak diserap.

Tubuh kena kerja lebih keras untuk hadam makanan dimakan

Pesta bunyi keroncong mula berbunyi seawal jam 10 pagi.

Paling menakutkan, perut mula memulas. Gastrik, GERD kata mari….

BACA 11 MAKANAN PATUT DIAMBIL DI BULAN PUASA

 

BRAIN FOG

Interaksi otak dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.

Fikiran senang melayang. Kurang motivasi untuk produktif. Lemau.

Dehidrasi yang ringan boleh ganggu emosi, takat tenaga serta kebolehan berfikir dengan jelas

Dehidrasi juga sebabkan sakit kepala, letih, tension dan kesukaran untuk fokus.

Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur.

Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan.

Malangnya tidur selepas sahur HAPUSKAN semuanya.

Kalau lah nak juga tidur atau memang kena tidur.

Lakukannya SELEPAS 4 JAM dari waktu makan sahur

Bisa begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Kuning Ini 11 Kelebihan Kunyit Untuk Tubuh

Ramai Ambil Kalsium, Tapi Tulang Tetap Rapuh: Ini 25 Tumbuhan Tinggi Vitamin K7

17 Tumbuhan Tinggi Air Alkali Yang Bantu Hidrasi Sel & Seimbangkan pH Tubuh

12 Herba Lawan Inflamasi Yang Bantu Tenangkan Tubuh Dari Dalam

10 Makanan Bunuh Parasit Secara Natural

Ramai Makan Kubis Cina, Tapi Tak Ramai Tahu 13 Nutrien Penting Ini

Scroll to Top