Tips Berjaya 5C

 

Ramai mahu berjaya. Ramai juga yang mahu menjadi ketua yang efektif. Begitu juga dengan Indra Nooyi.

Beliau adalah perempuan India pertama diangkat menjadi CEO kepada PepsiCo. Graduan Yale University ini mahu dikenali “as a person” bukan CEO. Bukan Bos.

Untuk berjaya dia gariskan 5C:

1. Competency – untuk jadi competence perlu sentiasa belajar. Bukan semata dari guru dan buku. Mesti cakna pada alam dan sekeliling.

2. Courage dan confidence – mesti berani buat keputusan. Perlu yakin dengan apa yang kita lakukan

3. Communication skills – ramai yang tahu bercakap. Tidak ramai yang mampu menyampaikan.

Indra ceritakan kisah ketika dia berhijrah ke USA. Masuk ke Yale University adalah idaman. Datang dari India yang rata-ratanya bercakap dengan laju dan seperti mengejar, dia terikut ikut.

Di Yale, syarat untuk ke tahun kedua perlu lulus skor komunikasi. Dia gagal pada cubaan pertama. Ambil semula. Belajar bertutur sepatah sepatah. Perlahan dan berbutir. Akhirnya dia berjaya melangkah ke tahun kedua.

4 Consistency – dalam banyak perkara yang dilakukan perlu konsisten. Pendekatan yo-yo tidak membawa ke mana.

5. Compass – halatuju. Ianya mesti dibungkus dengan integriti. Penanda aras kita menjadi tinggi. Dihormati dan disegani. Kata kita dituruti dan diikuti.

5C ini mengangkat dia menjadi Power Leader.
Berpada pada menjadi bos. Jadi Leader yang boleh dicontohi. Memberi inspirasi.

Menarik bukan?

Anda Juga Mungkin Berminat

Pendarahan Otak – Ini 7 Tanda Awal Yang Ramai Abaikan!

Kenali 7 Jenis Kanser Kanak‑Kanak Ibu Bapa WAJIB Tahu!

17 Khasiat Belimbing Buluh Ramai Tak Tahu!

Paha Besar? Cuba 5 Senaman Kecilkan Paha Dengan Cepat!

9 Makanan Terbaik Kuatkan Sistem Imun Anak!

9 Rutin Malam Yang Bantu Anda Tidur Nyenyak Tanpa Gangguan

Scroll to Top